Tuesday, November 24, 2009

Bila Hati Berbicara 20

Hari ini sudah 2 hari Nial ponteng kerja. Selama dua hari ini jugalah dia yang menguruskan Ain dan Awish..Dan tiap-tiap petang, dialah yang akan menjemput aku pulang ke rumah selepas aku habis waktu kerja.Dan yang aneh, dia seakan merubah rutin hidupku selama beberapa tahun kebelakangan ini.


“Awak tak ada kerja ke? Tak apa ke awak ponteng kerja lama-lama?”

“abang dah cakap pada papa, abang nak cuti panjang..lagipun abang dah lama tak cuti. Asyik kerja je 24 jam. Aya ni…macam tak suka je abang ada kat sini”

‘terasa la pulak Nial ni..sensitif rupanya’

“Tak adalah..nanti habis semua kerja awak terbengkalai sebab awak ponteng kat sini..siapa yang susah? Awak jugak kan?”

“Alah..bukan selalu abang dapat cuti macam ni..sekali-sekala nak jugak abang luang masa dengan anak-anak dan isteri..”

‘Isteri!! Teringat aku dengan hakikat tentang statusku sekarang!!Adakah aku masih isteri tunggal Nial?? Ataupun aku sudah mempunyai madu tanpa pengetahuanku!!’

“Saya nak tanya sesuatu boleh?”

“Kenapa sampai minta izin pula bila nak tanya soalan..It’s weird sayang!!”

“Emm…emm..aw..awak dah kahwin dengan….” Belum sempat aku habiskan ayat dia sudah memotong..kan betul..kalau aku tanya straight mesti takkan habis soalan aku..mesti ada aje yang nak dibangkangnya…Dan pandangan Nial padaku waktu itu nyata terlalu tajam..

“Aya nak sangat ke bermadu?” tanyanya lagi..

“Saya just..nak tahu..kan awak yang cakap dulu….waktu sebelum kita berpisah kan awak sendiri pernah cakap awak nak kahwin lain..”

Baru Nial faham maksud kata-kata Aya saat itu…ingatkan tadi Aya suruh dia kahwin lain..Singkat betul fikiran Nial saat itu..

“Aya..itu perkara dulu..waktu abang tak fikir panjang apa yang abang katakan…abang terlepas cakap. Abang tak terniat sikit pun dalam hati nak kahwin lain…Isteri abang hanya satu..dunia akhirat..”

Terasa gembira hatiku saat ini..dan secara tak sengaja senyuman terukir di bibirku..

“Gembira??” Tanya Nial dan aku lantas mengangguk tidak mahu lagi menyembunyikan perasaanku padanya saat itu.

“Boleh abang minta sesuatu?” Pelik saja aku lihat aksi Nial pada waktu itu..aku Cuma mengangguk..

“Call me abang macam dulu boleh??”

Rupanya itu yang dimahunya…aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta..Dia kemudiannya mengeluh.

“Ok..abang tak minta Aya panggil sekarang” sebenarnya Nial sudah cukup bersyukur Aya menerimanya kembali. Cuma dia inginkan Ayanya yang dahulu.

“Merajuk ke?” tanya Aya tiba-tiba

“Abang merajuk ke?” Aya faham sangat dengan perangai Nial yang sebenar..Tak pernah berubah. Walaupun di luar katanya tak apa..hakikatnya tidak.

“Aya cakap apa tadi?” Nial inginkan kepastian..Rasanya dia tak silap dengar perkataan yang keluar dari mulut Aya tadi.

“Cakap apa?” Aya pura-pura tak tahu.

“Aya!!” Nial sudah naik geram.

“Abang ni kan..dari dulu samapi sekarang tak pernah nak berubah….Perangai dari zaman belajar sampai sekarang masih sama…sedar ke tak, awak tu dah ada anak dah!!”

Nial hanya tersengih..terkena dia.

“I love you sayang..” dan Aya hanya tersenyum..

“Sayang…dengar tak ni!!” manja aje suara Nial..sebijik macam Awish kalau inginkan sesuatu..Betullah tu..anak dia kan..

“Em..dengar” Nial ni..kalau dia buat perangai, sama aje dengan Awish..tak akan mengalah selagi tak dapat apa yang dia nak..

**********************

Malam itu, Nial buat hal lagi dengan permintaannya yang nyata membuatkan aku gerun memikirkannya…

“Bila Aya nak ikut abang balik KL ?” aku yang baru selesa dalam pelukannya selepas menidurkan anak-anak di bilik sebelah tersentak..Hanya senyap tanpa jawapan.

“Aya..sayang dengar tak apa yang abang tanya ni?” dibelai rambutku itu…aku selesa begitu, cuma tidak selesa dengan soalan yang diutarakannya…

“Em..dengar”

“So..bila?”

“Tak boleh ke Aya duduk sini aje..” Pintaku…kini mataku dan matanya sudah setentang..Itupun setelah Nial yang seakan memaksa aku merenung matanya itu…

“Aya…takkanlah kita nak macam ni sampai bila-bila…Abang tak selalunya ada masa nak datang ke sni..”

“Datanglah bila abang free” lancar saje ayat itu keluar dari mulutku menyebabkan muka Nial berubah masam..

“Aya…” belum sempat Nial menyambung ayatnya aku memotong.

“Beri Aya masa boleh..banyak benda berlaku dengan pantas..banyak yang kena diuruskan..kerja..pasal anak-anak..pasala..keluarga abang”

“sebab mama kan..cakap dengan abang betul-betul” namun aku senyap

“Aya tak usah selindung dari abang lagi..abang tahu apa yang sebenarnya waktu mama jatuh tangga dulu…Bukan Aya yang tolak mama kan…tapi mama yang cederakan dirinya sendiri kan!!” dan ayat yang keluar daripada Nial menyebabkan aku terkejut…

“Ma..mana Nial tahu ni?”

“Kenapa Aya tak terus terang abang awal-awal?”

“Em..macam mana Aya nak cakap…abang dah hentam Aya awal-awal lagi waktu tu..” gurauku secara tak sengaja..dan menyebabkan Nial mengeluh perlahan…

“Ok..lain kali abang janji akan dengar dulu apa yang Aya nak cakap..abang minta maaf ya sayang”

“Em…tak naklah ingat kisah yang dulu lagi..kita tutup buku ajelah kisah yang dulu…Tapi kan…boleh ke abang nak dengar apa yang Aya nak cakap..Abang kan selalu je potong apa yang Aya nak cakap…Kalau abang nak tahu, abang tu gayanya macam Hitler aje..semua kena ikut arahan abang aje..”

“Mana ada”

“alah..dah buat tapi tak nak ngaku pulak..nak Aya ingatkan ke?”

“Tapi kan sayang…memang seorang isteri kena ikut arahan seorang suami kan…”

“Tak..” bantahku..

“Apa?” Nial sudah macam nak marah aje…

‘Hah..kan betul aku kata dia ni macam Hitler..’ dan aku nak tergelak pula dengan reaksinya itu.

“Aya ni memang nak kena ni…” dan tiba-tiba Nial menggigit hidungku..

“Sakitlah…abang ni jahat betul…Benci tau!!”

“Tulah..lawan lagi cakap abang…”

“Ok..”

“Aya!!”

“Ok..ok..Aya ngaku salah..” kataku cepat-cepat bila mulutnya mendekati mukaku…

“Ha…tau takut, kalau tak..memang dah kena hidung Aya ni!!!”

Saturday, August 8, 2009

Bila Hati Berbicara 19

Di wad kecemasan saat itu begitu sibuk sekali dan aku tak tahu ke mana arah tujuku saat itu..Selepas bertanya perihal kemalangan itu, aku hanya menunggu di suatu ruang menunggu saat pembedahan berakhir…Lututku saat itu sudah tak boleh menampung tubuhku dan tiba-tiba bila aku hendak jatuh, aku disambut seseorang..
“Aya!!” Aku angkat kepalaku saat itu dan betapa terkejutnya aku bila terlihat…
“Aya buat apa kat sini?” Tidak kujawab pertanyaan lelaki itu tetapi tanganku ini lantas memeluknya…
“Aya…kenapa sayang?” namun tangisan yang kedengaran..Melihat Aya yang menangis tanpa henti itu…Nial membalas pelukan Aya..dibelai isterinya itu..Agaknya Aya ingat dia yang kemalangan tadi…
“Shh..abang tak apa-apa sayang..Berhenti menangis, malu je orang tengok” namun tangisan Aya tak henti-henti juga.
Setelah selesai prosedur polis dan hospital, Nial membawa Aya pulang bila melihat Aya yang senyap dari tadi..Sudah terkawal tangisannya.
Sesampai di rumah, Aya terus masuk ke bilik. Yang nyata Aya hanyut dalam dunianya sendiri kerana terlalu sedih..Semua perkara yang berlaku dalam hidupnya terimbas kembali..
Nial yang menunggu di luar naik risau dengan isterinya itu..Dari tadi tak keluar-keluar. Senyap sunyi di dalam bilik. Anak-anak pula sudah tertidur bila dihantar pengasuhnya tadi.
Pintu bilik diketuk, namun senyap. Tanpa menghiraukan apa-apa, Nial terus masuk ke bilik Aya..nasib baik tidak berkunci..Kalau berkunci..susah pula Nial nak buat. Dilihat Aya berteleku di atas katil..
“Aya…” tiada sahutan..
“Aya..Apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa Aya kurungkan diri dalam bilik..Aya ada masalah?”
Senyap…perlahan-lahan disentuh Aya..dipusing mengadap dengannya. Dipagut dagu Aya..Nial terkejut, air mata masih mengalir di pipi Aya. Sangkanya tadi Aya sudah berhenti menangis.
“Kenapa ni sayang..Cakap dengan abang?”
Melihat Aya tiada reaksi pada waktu itu, Nial menarik Aya ke dalam pelukannya…Lama mereka begitu.
“Jangan tinggalkan Aya lagi” Aya berkata perlahan…
Sementara itu Nial terkedu..betulkah itu suara Aya yang berbicara tadi. Ditenung muka Aya saat itu.
“Janji jangan tinggalkan Aya lagi” Kali ini Nial yakin itu suara Aya.
“Abang tak pernah tinggalkan Aya…Abang janji kita tak akan berpisah lagi”
Akhirnya terlerai sudah sengketa antara Aya dengan Nial disebabkan kemalangan yang berlaku…Rupa-rupanya betul Aya ingat dia yang kemalangan. Ini kerana hanphonenya terjatuh semasa menolong mangsa kemalangan..Jadi orang lain ingat handphone tu, mangsa yang tak sedar diri tu punya..Syukur bukan Nial yang jadi mangsa itu..kalau tidak, apalah yang terjadi pada Aya agaknya…Patutlah Aya menangis sakan tadi..rupanya Aya ingat Nial yang masuk bilik bedah tadi..

Rupanya ada hikmah di sebalik kemalangan itu..Hubungan antara Nial dan Aya kembali pulih..
Bunyi bising di luar mengganggu tidur Aya…Perlahan-lahan dibuka mata…dan dia terkejut melihat mukanya tak sampai seinci pun dari muka Nial…dan yang memeranjatkan lagi, tiada seurat benang kain pun di badannya dan ingatannya kembali pada saat petang tadi. Gerakan Aya menyebabkan Nial terjaga.
“Sayang dah bangun!!” dikucup pipi Aya saat itu.
“Apa awak buat ni?”
“Apa abang buat? Nak abang ingatkan ke?” dia tersenyum menggoda…Terasa lega, Aya masih miliknya.
“Eii..bencilah..Tepilah sikit..Anak-anak dah bising kat luar tu”
“Sayang benci pun..abang sayang…I love you” sempat lagi Nial menghadiahkan kucupan sebelum Aya bergegas ke bilik air.
Selesai mandi Aya ingin menunaikan solat zohor yang sudah hampir nak masuk asar. Namun renungan Nial menyebabkan tingkah Aya bantut.
“Bangunlah..awak dah solat belum ni??”
“Belum..Aya yang goda abang, sampai nak terbabas dah zohor ni..”
‘Ada ke patut aku yang kena..padahal dia punya pasallah..siapa suruh dia masuk bilik ni..pujuk aku? Tapi kalau tak dipujuk entah bila aku berkurung dalam bilik..lupa sampai anak-anaknya terbiar begitu aje..Isk..apa jenis ibu aku ni?’
“Cepatlah bangun…zohor dah nak habis ni!!!”
“Baiklah isteri kesayangan..abang bangun ni!!”
Selesai solat, Aya mendapatkan anak-anaknya dan mereka terpinga-pinga melihat aku tidur petang..Mana mereka tak pelik..mana pernah aku tidur petang kecuali kerana terlalu letih..
“Mama..kenapa mata mama merah…bengkak macam bola golf pula tu?” tanya Ain..
Awish dengan Nial sudah tergelak.. Boleh mereka gelakkan aku pula..
“Ni semua papa punya pasallah..” aku salahkan Nial..
“Apa papa buat?” tanya Ain..
“eh..eh..papa tak buat apa-apa..Mama ni aje tak malu..dah besar pun mena..” Belum sempat Nial habiskan ayat menangis tu, aku tutup mulut Nial…
“Tak ada..papa ni mengarut je..Mama tidur tadi kan..Mama kan tak biasa tidur petang..”
Mereka mengangguk-angguk..Sementara Nial sudah tersengih..Perlilah tu…
“Em…pandai kelentong ya?” Aku jeling Nial.Masih nak menyakat aku…
“You know what…kalau Aya buat macam tu, abang rasa nak kiss kiss je your eye..cantik bila Aya jeling macam tu..”
Belum sempat aku jawab..dia dah mendekatkan mukanya padaku..Nyata dia kotakan kata-katanya dan aku hanya memejamkan mata tapi tak lama lepas itu aku tersedar..
“Apa awak ni..anak-anak ada..tak malu ke buat macam ni depan mereka..”
“Alah..anak-anak sporting..tengah syok tengok kartun tu..” Aku mengalih pandangan..Bila masa pulak mereka dah tercongok depan TV ni..

Petang itu, kami sekeluarga makan di luar…Nasib baik anak-anakku tidak memberontak..Biasanya kalau lewat makan mesti mereka memberontak…Tapi kali ni ok je..Mungkin sebab kerana adanya Nial..
Satu je yang tak best waktu tu..Punyalah aku cover ayu sebab mata aku memang bengkak semacam je..Ada juga lah yang tengok semacam..Yelah..menangis hampir 5 jam..Habis kering air mataku..

Monday, July 6, 2009

Bila Hati Berbicara 18

Nyata percutianku kali ini meyebabkan ruang hatiku terbuka untuk Nial, tetapi aku tiada keyakinan untuk kembali bersamanya…Mungkin fobia..atau erti kata lain trauma..
********************************
Dari jauh seorang wanita separuh umur sedang merenung tingkah laku anak-anak mereka. Semuanya ada kecuali anak sulungnya…Nial. Anaknya itu sudah tidak betah untuk berlama-lama di rumah ini sejak dia sihat dari kejadian dulu. Sekali-sekala dia tertanya, adakah temberangnya sudah pecah? Angkara yang sengaja dirancangkan semata-mata untuk memisahkan Nial..Tiba-tiba kelibat anaknya itu muncul . Tersenyum wanita itu.
“Abang long…lama tak nampak? Tidur sini ke malam ni” tanya Lia. Sedangkan dia tahu, abangnya yang satu ini tak mahu lagi berada dalam rumah ini kalau boleh..Tetapi tanggungjawab sebagai abang sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga selalu mengikat abangnya itu.
“Tak..abang singgah kejap aje..Mama ada?”
“Ada..kat atas. Mama tu selalu rungsingkan abang long..selalu hilang tiap hujung minggu..susah betul nak nampak batang hidung sekarang”
“Abang busy la..Lia kan tahu kerja kat pejabat tu menimbun..Lainlah kalau Lia nak gantikan tempat abang” Selindung Nial,tidak mahu orang lain menghidu aktivitinya sekarang. Kalau dulu dia tidak butakan mata hatinya, tentu sekarang dia bahagia dengan anak isteri..Entah-entah sudah 2-3 orang anak agaknya.
“Alah..terima kasihlah..Lia tak minat pun..sakitkan kepala aje”
“So..jangan banyak komen..nanti abang pujuk papa suruh Lia ambil alih company baru padan muka..”
“Uhu..sorry..cukuplah abang dengan Lila yang kerja kat company tu..Lia sorry” Kadang-kadang Nial terasa cemburu dengan adiknya seorang ni..Pendiriannya tegas..pantang orang menghalang niatnya..Akhirnya apa yang Lia kejarkan dapat dia penuhi..
“Ok lah..abang nak tengok mama jap”
“Ok..”
Lalu langkah kaki menuju kamar mama, namun mama sudah menuruni tangga seakan tahu kehadiran Nial saat itu.
“Mama sihat?” tanya Nial bila dikucup tangan mamanya itu.
“Sihat..” Itulah satu-satunya ayat yang biasa terkeluar dari mulut Nial..Dan selepas itu mulutnya seperti berat untuk berkata-kata. Hanya menjawap apa yang ditanya oleh mamanya.
“Kenapa Nial sudah lain sekarang…batang hidung tu susah sangat nak nampak sekarang?”
“Tak ada apa-apa la ma..Banyak kerja kat pejabat tu..projek baru masuk”
“Takkan lah sampai tak sempat nak jengah mama..datang pun kejap aje..nak tidur sini lagi susah..Sampai tak sempat nak borak dengan mama, papa dengan adik-beradik.”
Nial senyap..tidak mahu menjawap pertanyaan mama..Dengan kata lain dia takut akan keceluparan mulutnya akan membuatkan mama terasa..Tidak mahu menjadi anak derhaka!!
“Nial masih ingatkan perempuan tu kan..Nial masih cari dia ke?? Nial sanggup buang keluarga demi perempuan yang tak pandai jaga rumahtangga dan tak pandai jaga hati mertua..gitu?”
“Mama please..”
“Apa perempuan tu buat kat Nial sampai Nial berubah begini sekali..sampai tak ingatkan keluarga?”
Itulah perkara yang membuatkan Nial malas berlama di rumah mama. Mamanya akan mengamuk..Semuanya berpunca apabila Nial terdengar rahsia yang sebenar angkara mamanya..Sejak hari tu Nial berubah..tidak boleh melayan mamanya seperti sebelum ini kerana dia terlalu sedih dengan perbuatan mama..Namun dipendamkan di dalam dirinya kerana mama itu adalah mama..Ibu yang melahirkannya ke dunia ini…Tapi sekarang..Nial sudah tak tertahan lagi bila Aya yang menjadi mangsa..Semua tuduhan dilemparkan pada Aya..
“Mama..cukuplah!! Kalau mama masih nak burukkan Aya, Nial tak boleh terima..lagi tak boleh Nial lakukan kalau mama suruh Nial lupakan Aya..Kalau mama masih paksa Nial luputkan Aya dalam hidup Nial..mama tak akan nampak lagi muka Nial dalam rumah ni”
Sebenarnya Nial tak terniat pun untuk mengeluarkan ayat sebegitu pada mamanya..tetapi apabila tahap kesabaran Nial sudah tiada..semuanya bagaikan air yang keluar dari mulutnya.
“Nial pergi dulu ma..Assalamualaikum”
Tak lama selepas itu terdengar bunyi enjin kereta..makin lama makin jauh..
‘Salahkah mama ? Kejamkah mama pada Nial?’ Sesekali timbul rasa menyesal dalam dirinya di atas perbuatannya itu..tetapi oleh kerana Nial satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga menyebabkan dia mengongkong anaknya itu.

Pertegangan kata antara mama dengan Nial menyebabkan Nial tertekan. Bukan apa, Nial takut rahsianya bahawa dia sudah bertemu dengan Aya akan sampai ke telinga mamanya. Nial tahu lambat laun, rahsianya ini akan terbongkar juga, namun buat masa sekarang, ia akan mengundang reaksi negatif. Di waktu Nial baru sahaja ingin membaiki hubungannya dengan Aya. Di mana saat penentu hubungannya dengan Aya. Bukan Nial tidak tahu, ada lelaki lain yang menanti Aya. Nial cemburu, tambahan Aya sekarang makin cantik walaupun sudah bergelar ibu..

Laju saje kereta Nial menuju ke rumah Aya. Namun malang tidak berbau, tiba-tiba saje sebuah kereta memotong secara tiba-tiba menyebabkan Nial hilang kawalan.
Hati Aya dari tadi terasa tidak senang…Perasaan yang Aya rasa adalah sama seperti perasaan yang meragut seluruh anggota keluarganya dulu..Petanda apakah ini?
“Mama!! Telefon mama berbunyi!!” Jerit Ain dari jauh sementara Awish terkedet-kedet membawa telefon bimbit padaku..Awish memang pantang kalau handphoneku berbunyi..
“Terima kasih sayang” aku mencium Awish yang ketika itu duduk diribaanku.
“Hello..”jawabku malas kerana tahu panggilan itu dari Nial.
“Hello..boleh saya tahu siapa di sana?” Aku pelik…bukan suara Nial..Kulihat kembali skrin telefonku..betul memang no. Nial..tetapi siapa yang memanggilku ini?
“Ni siapa” tanyaku lagi tanpa menjawab pertanyaan si pemanggil tadi.
“Oo..saya dari hospital. Empunya telefon ni terlibat dalam kemalangan..Jadi saya mencari waris terdekat pada mangsa”
“Sa..sa..saya isteri dia”
Selepas perbualan ditamatkan..jatuh berderai telefon bimbitku..Air mata usah dikata lagi, sudah tak terkawal ia keluar..terasa sesak nafasku ini dan gelap gelita hidupku saat itu.
Aku meninggalkan anak-anakku pada pengasuh mereka dan aku mendapatkan teksi kerana sudah tak terdaya untuk aku memandu sendirian..

Monday, June 29, 2009

Bila Hati Berbicara 17

Entah kenapa..malam ini aku dapat rasakan hidupku indah dengan kehadiran Nial untuk melayan kerenah anak-anak. Dapat aku saksikan kebahagian anak-anakku..tetapi mana mungkin hatiku menerima kehadirannya sebegitu sahaja bila pahitnya lebih banyak daripada manis. Mungkin hati perempuan lain, akan mudah dipujuk rayu..tetapi diriku kini terasa keras sekali. Mungkin kerana kesakitan yang aku alami dulu sudah melebihi hadnya sehingga bahagia yang ada di depanku begitu susah untukku terima seadanya.

Akibat keletihan yang amat sangat, Ain dan Awish tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah. Yang tinggal hanya kesepian yang melanda antara diriku dengan Nial.
“Aya cuti sampai bila”
Aku kalih pandangan untuk melihat mukanya..Bila saje dia membalas pandanganku, aku lantas melarikan pandangan.
“Sampai hari selasa”
“Balik ke sana pun hari selasa?”
“Tak tentu lagi”
Apa yang ditanya, itulah yang aku jawab. Seakan terpaksa. Akhirnya aku terdengar keluhan di mulutnya.
Sehingga sampai di rumah, dia hanya membisu. Agaknya terasa hati dengan diriku ini. Merajuk? Biarkanlah dia.
Tanpa aku suruh, diangkatnya Ain dan kemudian Awish..Dulu-dulu lagi dia melarang aku mengangkat anak-anak. Katanya, Awish dan Ain sudah terlalu berat untukku angkat sedangkan aku bertubuh kecil. Nial tak sedar bahawa selama ini aku sudah biasa..Tetapi malas aku nak bertekak dengannya di malam hari begini.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Nial pula tidak ada langsung menunjukkan dia akan meninggalkan rumah ni…Takkan dia pun nak bermalam di sini..Nak disuruh balik..tak sampai hati.Dari tadi Aya lihat Nial begitu asyik menonton TV di ruang tamu..Siap posing maut lagi..mentang-mentanglah minat bola.
“Awak tak mahu ba..” Belum sempat aku habiskan ayat, timbul rasa simpatiku pada Nial saat itu… Aku ingatkan dia sedang menonton TV, rupa-rupanya TV yang tonton dia. Lena terus!! Letih sangat agaknya…
Lantas tanganku ini ringan sahaja mengambil selimut dan menyelimuti Nial yang terlena di atas sofa waktu itu.
‘Dah kira baik aku biarkan dia tidur di situ..’
Aya menghayunkan kaki menuju ke bilik tidur sementara Nial mengukirkan senyuman dalam diam. Pura-pura dia tertidur tadi. Sekeras-keras Aya, ada sifat baik hatinya lagi..Itulah yang Nial fahami tentang tingkah laku Aya baru-baru ini.Di depan sahaja dia melenting bagai nak rak..tetapi kalau dibuat-buat tidur macam ni, tak akan sampai hatinya Aya mahu menghalau…malah bicara Aya makin lembut bila melihat Nial keletihan tadi. Memang betul pun Nial keletihan petang tadi, namun untuk anak dan isteri tercinta dia rela lakukan apa sahaja untuk menebus dosa-dosa lalu…
Akhirnya Nial terlena dalam memikirkan penyelesaian kemelut hidupnya itu.
Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh, Nial menyambung tidurnya. Dari jauh Aya merenung Nial yang sedang lena diulit mimpi barangkali. Hendak diturutkan hati supaya melihat Nial dari jarak yang dekat, Aya takut Nial akan tersedar. Entah kenapa sejak beberapa hari ini, hatinya lembut bila melihat Nial yang begitu nekad untuk kembali hidup seperti dulu. Kalau dulu hati Aya boleh dikeraskan dek kenangan pahit hidupnya. Namun sekarang, bila anak-anak nyata dapat menerima Nial seadanya malah amat menyayangi Nial menyebabkan hatiku pasrah dengan kehendak anak-anak. Kadangkala kita tidak boleh memikirkan kepentingan sendiri semata-mata walhal ada insan lain yang merana. Tapi hakikat sebenar pada waktu ini adalah perasaan takut masih tebal dalam diriku ini untuk menentang keluarga Nial…Kalau setakat diriku sendiri, aku dapat atasinya..tetapi bila dalam percaturan ini melibatkan Awish…perasaan takut tidak dapat aku hindari…
Takut Nial tersedar dengan tingkahku ini..aku melangkah kaki ke dapur untuk siapkan sarapan pagi untuk anak-anak..Entah bila Nial sudah terpacak di tepiku tanpa aku sedar..Tiba-tiba Nial mengucup pipiku membuatkan aku tersentak.
“Good morning sayang…Jauhnya termenung”
Tindakan drastiknya itu membuatkan aku kelu. Tapi aneh, Aya langsung tidak terasa ingin memarahi Nial..
“Masih khayal lagi ya!!” Nial mengusap pipiku lembut membuatkan hati Aya yang selama ini sudah lama hilang debar itu berdebar dan terasa macam ingin tercabut jantung ini pada saat itu.
Nial tersenyum lebar melihat telatah isterinya saat itu. Tadi dia mengambil langkah berani mati dengan mengucup Aya. Nial tahu, kalau silap haribulan Aya akan melenting terus..Namun reaksi Aya yang kebingungan itu membuatkan hatinya digeletek gembira dan bahagia.
“Fikirkan apa ni?”
“Tak ada apa-apa”
Nial malas untuk mengganggu mood Aya dengan mengungkitkan apa yang difikirkan Aya. Mungkin teringatkan kenangan lepas. Kalau betul, nanti tak pasal-pasal akan mencetuskan amarah Aya..Baik Nial tidak memaksa..lagi selamat.
“Masak apa?”
“Mee hoon goreng dengan karipap segera aje”
“Mmm…bau macam sedap. Dah lama abang tak rasa masakan Aya”
Lantas jari Nial cepat saje mencubit mee hoon yang disendukkan Aya ke beks hidangan..dan secepat kilat saje tangan Aya mencubit Nial.
“Owh..sakitlah sayang..Pagi-pagi dah kena dera dengan isteri”
“Tak senonohlah awak ni. Kalau ya pun lapar..duduk la dulu..nanti saya sendukkan”
Walaupun dimarah begitu, Nial terasa ingin meloncat kegembiraan. Mana tak nya..Tiada lagi marah benci..Cuma marah-marah sayang. Nial berharap sangat keadaan harmoni sebegini selama hayat hidupnya. Tanpa Aya, hidup Nial selama ini begitu sukar sekali. Ditambah lagi selepas Nial tahu bahawa dia sudah ada anak. Tidak akan Nial persiakan peluang yang Aya berikan ini.
“Marah ke?” Akibat terlalu melayan fikiran, Nial membuatkan Aya serba salah
“Lapar sangat ke?” Tambah Aya bila melihat Nial masih berdiam diri.
‘Aduhai sayang…Aya tak tahu betapa gembiranya abang melihat Aya menerima abang kembali’
“Taklah..abang fikirkan sesuatu tadi”
“Oh…kalau Nial nak makan, duduklah..nanti Aya siapkan airnya”
Setelah dihidangkan makanan untuk Nial..Aya segera ingin meninggalkan Nial makan sendirian..Sebenarnya, Aya sudah tidak betah berdua-duaan dengan Nial sejak perasaan pelik ini hadir kembali dalam dirinya.
“Aya tak makan sama?”
“Makanlah dulu..Aya nak tengok Awish dan Ain..nanti mereka pelik pula bila bangun berada kat tempat asing”
“Kalau macam tu, kita makan nantilah…Kita tunggu anak-anak kita bangun”
Cepat saje Nial menyaingi langkah Aya. Sementara Aya makin tidak keruan.Nak ditegah, memang tak ada salahnya pun Nial masuk ke biliknya…Doa Aya dalam hati semoga anak-anaknya sudah bangun, nanti tidaklah dia jadi kera sumbang di hadapan Nial…Aneh!! Perasaan marahku pada Nial seakan sudah hilang terus dalam diriku dan yang tinggal perasaan sayang dan cinta padanya yang kian timbul dan ia semakin utuh dari hari ke hari. Malah perasaan ini lebih kuat berbanding dulu!!
Secara jujurnya, aku amat takut dengan perasaan yang wujud ini. Sesampainya aku di bilik, aku lihat anak-anakku terkebil-kebil di atas katil..Mana tidaknya, mereka membesar di bilik yang lain dan tak pernah sekalipun berkunjung ke sini.
“Anak mama dah bangun..” Aku mendapatkan mereka..Sementara Nial memerhatikan dari jauh telatah Aya dan anak-anaknya..Bahagia terbit di hati.
“Papa pun ada kat sini hari ni” jerit Awish.
“Ya sayang…kan hari ni hari cuti” didukung anaknya itu sementara Aya memeluk Ain.
“Jom pergi mandi..nanti kita makan” ajakku..
“Awish nak mandi dengan papa!!”
Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut Awish..Nial tersenyum sumbing..Mana tidaknya, belum pernah dalam hidupnya memandikan budak-budak..Aya merenung Nial yang kehilangan kata itu.
“Papa dah mandi tadi sayang..jom mama mandikan”
“Alah…mama pun dah mandi..Nape papa tak boleh pulak??” Pegangan Awish makin erat di leher Nial..Baru Nial tahu anaknya rupanya degil..sama macam Nial juga.
“Tak apalah…biar abang mandikan anak-anak. Jom kita mandi”
Terus mereka menjerit gembira. Aku membiarkan Nial memandikan mereka.
Sudah berapa kali mataku mengerling jam di dinding..Yang membuatkan aku bimbang, sudah lebih sejam mereka dalam bilik air. Masih tak siap-siap lagi. Dan aku tidak boleh menunggu lagi. Bila saje aku membuka pintu bilik air, betapa terkejutnya aku saat itu.
Anak dengan papanya pun sama..Berendam dalam tab mandi, bermandi sabun.
“Tak siap lagi ke? Tak sejuk?”
“Mama…” teriak anak-anakku dan Nial hanya tersenyum…
“Jomlah mandi mama..” ajak Ain tiba-tiba..
“Dah..cukup!!Cepat keluar dari situ sebelum mama marah”
“Ala mama ni..tak best la..papa!!” Ain meminta tolong.
“Dahlah…jom kita makan pula..mama dah masak best!!Lepas makan papa bawa jalan-jalan”
“Yea..” dua-dua anak-anakku menjerit riang…
‘Nial ni memang pandai mengumpan anak-anakku..ada sahaja rencananya yang secara langsung melibatkan aku..
Makan pagi itu di meriahkan gelak ketawa Ain dan Awish..

Tuesday, June 23, 2009

Bila Hati Berbicara 16

Akhirnya rumah yang kutinggalkan dahulu kujejaki..tinggalan keluargaku yang kubiarkan sepi dahulu. Nyata mak su menjaganya dengan kemas sekali. Malah rapi tanpa habuk sedikit pun. Dan yang peliknya, keadaan di dalam rumah pada ketika ini dihuni oleh seseorang…Takkan penceroboh pula? Sedikit rasa takut mula terbit di dalam diriku…Siapa? Bayangkan..peti sejuk mempunyai banyak makanan segera dan paket sejuk beku walaupun tiada sesiapa pun dalam rumah pada saat ini…Agaknya mak su selalu singgah..pujukku di dalam hati.
Aku menemui mak su dan nyata sekembaliku di sini membuatkan riak terkejut jelas kelihatan di mukanya..bayangkan sajelah..bersamaku saat itu dua kanak-kanak kecil yang menimbulkan seribu pertanyaan di benaknya..Berdosanya aku menyembunyikan hakikat wujudnya anakku pada pandangan keluarga..tapi apa dayaku. Pusara mama, papa dan along kukunjungi dan aku amat terkejut kerana ia amat terjaga sekali tanpa rumput liar yang tumbuh di sekitarnya walaupun sudah lama aku tinggalkan..
Rupanya ia dibersihkan oleh mak su sekeluarga dan yang mengejutkan aku..Nial turut membersihkannya..Nial?? Dan yang menginap di rumah tinggalan papa dan mama juga adalah Nial..Apa lagi lelaki ini mahukan.Bersungguhkan dia dalam mendapatkan diriku kembali?
Sekembaliku di sini juga merungkai kembali sejarah hidupku bila aku bertembung dengan kawan baikku dulu..Dulu..
Nyata Lily terkejut dengan kebenaran tentang hidupku..Itupun kerana Nial..Diceritakan apa yang terjadi antaraku dan dirinya. Itupun kerana di waktu itu Nial mencariku saat aku hilang dulu..Malah Lily dah tahu pucuk pangkal sengketa antaraku, Nial dan Fifi dahulu.Malah banyak kali dia memohon maaf..Dan aku bukanlah seorang yang pendendam..Cukuplah kehilangan yang aku rasakan selama ini..
Memang ku ingin lupakan segalanya..tetapi hatiku masih teramat keras untuk memaafkan Nial..

Malam itu, ketika aku masih berada di rumah tinggalan keluargaku, Nial tiba-tiba muncul di situ. Riak terkejut memang jelas di wajahnya..nampak sangat dia tidak tahu kedatanganku di sini..
“Aya buat apa kat sini..kenapa tak cakap kat abang Aya nak balik sini?”
‘Patutnya aku yang tanya kenapa dia ke sini..lagaknya macam aku la pulak yang balik ke rumah dia’.
“Sejak bila saya kena cakap kat awak ke mana saya nak pergi..lagipun ni rumah saya..sejak bila pula rumah ni jadi rumah awak?”
‘Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sekasar ini pada seorang insan yang masih bergelar suami’
“Em..abang lupa sini rumah Aya…tak apalah, abang balik dulu”
‘Aku merasa bersalah pula kerana keceluparan mulutku ini…Jelas sekali riak kecewa di mukanya..tambahan pula Nial kelihatan keletihan..baru habis kerja barangkali..Sejahat-jahat diriku ini, tak sampai hati membiarkan dia berlalu dalam keadaan begitu..’
“Aya minta maaf..Aya tak sengaja..masuklah dulu..mesti Nial penat kan..”
Sejuk hati Nial mendengarkan bahasa Aya yang kembali menggunakan namanya..tidak saya, awak lagi..
“Betul Aya tak kisah?’ Terasa bahagia dirasakan bila Aya masih mahu mengambil tahu perihal dirinya.
“Masuklah..Awish dengan Ain ada kat dalam..tengok cerita kartun..”
Tersenyum Awish dengan Ain menyambut kedatangan Nial..
“Yea..papa pun ada kat sini…lepas ni boleh la kita makan sama-sama..kan mama?” Ain mempelawa Nial tanpa kebenaranku..
Ain dan Awish ni pantang kalau berjumpa Nial, senang hati mempelawa tanpa mengira keadaanku..Itulah budak-budak, mana sama fikiran dengan orang dewasa.
“Mama..boleh kan” si kecil Awish mula menambah
‘Alahai anak-anak mama ni, saje je berkomplot’
“Yalah..yalah..tapi pergi mandi sekarang..kalau tak, malam ni punya program cancel tau!!”
“Program apa Aya?”
‘Sibuk pula Nial ni..Sama aje dengan anak-anaknya’
“Aya janji nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan lepas makan nanti.”
Anak-anak pada waktu itu telah bergegas ke bilik mandi..
“Ok..nanti malam kita enjoy!!”
‘Eh..bila masa pulak aku ajak dia ikut sama ni..orang tak ajak pun ada hati nak ikut..’
“Tak letih ke..kan baru balik dari kerja, awak larat ke nak ikut sama?”
“Jangan harap abang nak lepaskan anak isteri abang keluar malam-malam tanpa abang! No way sayang”
“Aya dah biasa..” belum sempat aku habiskan ayat dia sudah memotong..
“Abang kata no! That’s final!!”
Aku merenung matanya tajam..tengok, bila aku buat baik, dia mula tunjukkan perangai dia yang kuku besi tu..Aku senyap lantas mengorak langkah melihat anak-anakku..
Yang sebenarnya aku sudah jemu asyik bergaduh dengan Nial..Tiada kesudahan..Yang aku bimbang, takut pergaduhanku ini menjadi tontonan anak-anakku.
1 jam kemudian..aku sudah berada di dapur untuk menyiapkan makan malam... Di saat aku sibuk di dapur, Nial pula melayan Ain dan Awish di ruang tamu.. Pada pandangan mata orang lain mungkin aku seakan keluarga bahagia…tetapi hakukatnya, memang terlalu jauh.
“Nak abang tolong?”
Habis terbang semua anganku saat itu bila suaranya tiba-tiba kedengaran di sebelahku. Teramat dekat sehingga terasa deru nafasnya di sisi mukaku. Aku sekadar menggeleng.
“Aya marahkan abang ke?” tanyanya bila melihatku tiada respon tanpa menghiraukan kehadirannya.
“Abang minta maaf jika kata-kata abang tadi menyakitkan hati Aya..Abang tak bermaksud sama sekali nak tinggikan suara..bukan juga untuk mengongkong hidup Aya..Cuma abang risaukan keselamatan keluarga kita..Aya perempuan..dengan anak-anak lagi..sekarang ni negara kita dah tak seselamat dulu lagi..ragut..bunuh..abang tak nak semua tu berlaku pada keluarga kita” panjang betul alasan yang Nial bagi..tetapi fikir punya fikir betul jugak..tapi..
Hidupku sejak perpisahanku dulu teramat banyak perkataan ‘tapi’ sehingga apa yang kuluahkan tidak sama dengan apa yang ada dalam hatiku..
“Dah tak perlu awak nak risaukan pasal saya dan anak-anak..saya dah biasa dengan keadaan tanpa kehadiran awak..saya tahu jaga diri..kalau itu awak bimbangkan..”
“Abang cuma hendak melindungi orang-orang yang abang sayang”
“Sayang? Cukuplah sayang yang saya curahkan pada anak-anak..saya tak mahu mereka kecewa jika awak lukakan hati mereka..Saya tak apa, saya dah biasa..tapi mereka, mereka masih kecil Nial”
“Itu sebab abang hendak kita bina hidup kita semula”
“Aya dah tak mahu fikir apa-apa sekarang…please. Aya serahkan semua pada takdir”
“Aya boleh cuba..Aya cuma perlu bukakan hati Aya pada abang..Just one more time sayang”

Friday, June 5, 2009

Bila Hati Berbicara 15

Hujung minggu itu selepas lama nama Iskandar hilang dari hidupku..tiba-tiba dia muncul kembali..Apa lagi yang dia kehendaki kali ini? Mengugutku untuk merampas Ain atau memaksaku lagi untuk mengahwininya…Padahal sebelum ini aku sudah habis mengatakannya bahawa aku tidak boleh..malah tak ingin sekalipun.Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa melayu ni..
“Encik Iskandar..kan saya dah cakap terus terang yang saya tak boleh kahwin dengan awak..Saya ni hak orang..isteri orang”
“You tak payah lagi nak buat cerita dongeng dengan I…I tahu you sengaja buat cerita semata-mata untuk menipu I kan..”
“Kalau awak tak mahu percaya..itu bukan urusan saya..tapi saya tetap masih isteri orang”
“You ni kan pandai betul buat cerita sampai I hampir percaya..Dulu saya percaya tapi sekarang tak…Lagipun tak pernah saya lihat suami awak..Lagipun budak-budak tempat kerja awak pun nafikan yang awak ada suami..”
‘Lelaki ini sengaja mahu cari pasal denganku..Susah betul nak fahamkan dia ni..”
“Buat pengetahuan Encik Iskandar..suami saya orang bisnes..selalu outstation…nak cari duit untuk keluarga dia makan..”
“Oh iya…sampai sanggup tinggalkan isterinya yang cantik sorang-sorang..”

Kalau diikutkan hatiku yang panas ini dah lama agaknya Iskandar ni makan penampar aku ni..Cakap ikut sedap mulut aje…tak ada insuran langsung mulut tu..
“Kat sini rupanya Aya..kenapa tinggalkan anak-anak kat sana sayang..” tiba-tiba satu kucupan melekat di pipiku dan tangannya pula kejap di pinggangku menyebabkan terasa darah panas mengalir ke badanku dan mukaku..
“Hai..I suami Aya..and you?” tanya Nial sambil menghulurkan tangan pada Iskandar…
Sementara Awish dan Ain tersenyum manis di belakang Nial apabila melihat perilaku Nial padaku.
‘Kurang asam betul Nial ni…tak malu betul buat macam tu depan anak-anak sekecil Ain dan Awish ni..’
Yang nyata dan jelas di pandangan mataku kini..Iskandar sudah kelu melihat perilaku Nial pada waktu itu..Untung nasib aku, lenyap terus Iskandar dari diari hidupku..tetapi macam mana dengan Nial pula?? Dahlah tiba-tiba aje muncul depan aku..lagaknya macamlah nak selamatkan heroin macam dalam cerita Hindustan..Ia ke macam tu??
“Iskandar..”tangan yang dihulur Nial akhirnya disambut oleh Iskandar walaupun agak lambat tindakannya itu..
“Em..Iskandar..kalau you tak kisah..boleh I ambil isteri I sekarang..maklumlah I ni orang bisnes..time free aje I dapat keluar dengan isteri dan anak-anak..
‘Ceh..Nial ni macam dengar aje apa yang aku cakapkan tadi..Nyesal aku cakap macam tu..nanti tak pasal-pasal dia ingat aku dah terima dia balik..cabul betul mulut aku ni!!’
Entah apa mimpi Iskandar waktu tu..dia pergi tanpa kata..Faham bahasalah pula mamat ni dengan Nial…Agaknya itulah kepentingan wujudnya seorang lelaki dalam hidup seorang perempuan.. Penyelamat dan pelindung apabila berada dalam keadaan yang menyulitkan..Tapi, adakah Nial adalah penyelamat dan pelindung dalam hidupku?? Perit untuk aku mengiyakannya…

Nial mendukung Awish dan memimpin Ain..sementara aku memimpin Ain di sebelah tangan satu lagi..Ibarat macam keluarga bahagia…
Hairan aku pada waktu itu…tiap saat yang berlalu Nial senyap..sementara aku..sudah malas mahu membuka mulut..takut ia akan membuatkan anak-anakku terkejut sekiranya aku tidak dapat mengawal perasaan..Keadaan waktu itu hanya diriuhkan dengan gurau senda Awish dan Ain..

Aku biarkan keadaan begitu..biarlah…aku lebih senang begini kerana aku sudah puas bergaduh dengannya dan lebih tidak sanggup aku hadapi bila kisah hidupku dibuka kembali..yang hanya akan mengundang air mata ini dan membuatkan ia tak berhenti dari mengalir…
“Aya tak ada apa-apa mahu cakap dengan abang?”
Berbunyi juga suaranya akhirnya..Bukan aku menanti-nantikan dia memecahkan suasana pada waktu itu…tapi biasanya kalau dia senyap, ada aje silapku di matanya..Itulah perangainya yang sedari dulu yang tak pernah berubah..
Aku diamkan diri lagi..’dia nak marah!!Marahlah..biar rasa benci aku padanya kian bertambah dan akan membuatkan hidupku dan hidupnya tak akan ada sinar untuk bersama..biarkan!!
Aku sudah tidak mahu mengejar bahagia yang hanya akan menjanjikan keperitan hidup seperti masa lalu..
“Kenapa jadi sampai dia ajak kahwin..Aya masih isteri abang tau!!” nada marahnya sudah ketara sedikit…
‘Isteri?? Adakah aku masih isteri di hatinya setelah apa yang dia lakukan padaku dulu?’
“Saya tahu..saya tak pernah nafikan hakikat bahawa saya masih isteri orang..tapi tak macam orang lain..saya ni kan isteri yang tak reti nak jaga hati orang di sekeliling saya..seorang isteri yang curang!! Jadi apa lagi yang awak mahukan dengan isteri yang sebegini..Saya dah lepaskan awak dari dulu lagi..Cuma awak yang tak mahu lepaskan saya!”
Biar semua apa yang aku rasa aku lepaskan…Biarlah hatinya terasa sekalipun..Perasaan dalam hati ni sudah tak bisa dipendamkan lagi bila ia ditekan di sana sini..
“Aya please..” mungkin dia terkejut bila aku minta dilepaskan..
“Awak nak apa lagi sebenarnya..Jika awak datang ke sini semata-mata nak tunjukkan bahawa saya ni pesalah dalam hidup awak baik tak payah!! Kerana saya telah dapat hukuman atas kesalahan yang saya lakukan..”
“Abang tahu..Aya tak salah sayang..”
Aku mengeluh…’tak salah’ ..’sayang..’. Aku lemparkan pandangan dan melihat anak-anakku berkejaran di tepi pantai..Indahnya menjadi kanak-kanak..tak ada masalah..
“Abang nak betulkan silap abang yang pernah abang lakukan dulu”

Memang niat awal kedatangannya tadi ingin membetulkan keadaan yang kian rumit ini. Namun bila dilihat Aya dan Iskandar bercakap perihal kahwin tadi, dia terasa ingin marah kerana terlalu cemburu dan mangsanya..Aya..walaupun wanita itu tidak bersalah..Malah dia perasan tadi..dia terlalu cemburu buta..
“Silap awak?? Awak pernah buat silap ke? Kan selama ini saya yang silap..saya menantu yang jahat sampai sanggup tolak mama awak jatuh tangga..sampai kakinya patah dan tak sedarkan diri…kakak ipar yang suka menuduh adik kesayangan awak…dan..isteri yang curang! Jadi tak payahlah awak pujuk orang yang selalu melakukan kejahatan dan buruk perangainya ni,,”
“Aya..”
“Tak betulkah?”
“Abang minta maaf..abang tahu abang tak rasional waktu tu..abang mengaku”
“Saya siapa untuk maafkan awak..seandainya saya maafkan awak pun..keadaan tak akan berubah apa-apapun..saya tak mahu berdendam…Cuma perasaan dan hati ni tak akan tenang..malah sejak kembalinya awak dalam hidup saya..perasaan bersalah saya makin menebal..kerana awak dan keluarga awak..saya dan keluarga saya jadi mangsa..awak masih ada keluarga awak..tapi saya…papa, mama…along..dah tak ada di sisi saya..Jadi awak cakap kat saya..bagaimana saya boleh terima awak semula dalam hidup saya sedangkan di sini sakit..” kutujukan tangan ke dadaku..

Entah dari mana Awish datang ke arah kami..sepantas kilat aku menyapu air mata di mukaku..
“Papa…Awish nak ais krim”
“Kakak jugak..” Awish dan Ain menerpa papanya..
Itulah perkara yang paling anak-anakku suka mengenai Nial..Apa yang diminta oleh mereka berdua selalu ditunaikan oleh Nial..Malah Nial tidak pernah sekalipun berkata ‘tidak’ kepada mereka..jauh berbeza dengan diriku..Malah, aura kebapaan memang wujud dalam diri Nial..tidak pernah dibuat-buat..Tegakah aku untuk melawan takdir sedangkan aku tahu anak-anakku memerlukan seorang bernama bapa untuk hidup secara normal..

“Aya…abang tahu salah abang terlalu besar untuk Aya maafkan..tapi..demi Awish dan Ain…abang pinta Aya berikan abang peluang…Aya sanggup ke tengok mereka membesar tak seperti keluarga lain..”

Pandai betul Nial mengumpanku..Tapi kenyataan itu benar..Melihatkan kemesraan Awish dan Ain dengan Nial, aku sedar kenyataan itu..Ain pun mesra dengan Nial walaupun Ain bukan darah daging Nial…
“Anak itu bukan anak-anak awak…Buat apa awak susahkan diri ambil tahu hal mereka…”
‘Maafkan mama Awish..Ain’
“Aya! Jangan nak nafikan abang sebagai papanya!!”
“Saya tak nafikan…saya ni kan isteri yang cu..” tak sempat aku habiskan ayat ‘curang’ itu..sudah dipotong Nial membuatkan aku terkejut perut…
“Stop it..I said stop it..don’t you ever dare to said that word again!!”
Marah benar lagaknya..satu lagi perangainya yang tak pernah berubah..Seorang yang panas baran..Nasib baik anak-anak pada waktu jauh untuk mendengar suara Nial itu…
“Kenapa? Saya bukan cakap pada awak!! Tapi perkataan itu awak yang berikan pada saya..jadi kenapa awak nak marah” lembut sedikit aku berkata untuk melawan cakapnya yang diserang amarah itu…

Tidak semena-mena..air matanya yang mengalir kini menyebabkan aku yang terkejut..
“Tak bolehkah untuk kali ini Aya maafkan abang..Abang cuma minta satu lagi peluang..satu..” dia sudah melutut di hadapanku kini…


Apa lagi yang harus aku lakukan bila dia setekad ini…Tapi siapa diriku untuk memutuskan segalanya..Aku cuma berserah pada takdir…Bagiku…sekali sahaja kepercayaan yang aku berikan sudah dimusnahkan..tiada lagi makna kepercayaan untuk kali keduanya…

Thursday, May 21, 2009

Bila Hati Berbicara 14

Kurenung handset pemberian Nial walaupun aku berkeras tidak mahu mengambilnya dia nyata sekali tidak menghiraukan kata-kataku..Ku lihat hari ini Awish tidur dengan nyenyaknya selepas bertemu dengan Nial tadi..Walaupun tanpa pengetahuan anak-anakku, aku bertengkar hebat dengan Nial …Berulang tayang saat pergaduhanku petang tadi…
“Aya..abang tahu abang banyak salah dengan Aya…tapi abang mohon..kembalilah pada abang semula..”
“Berapa kali saya nak cakap..stop call me Aya!! Jangan panggil saya Aya!!” tempikku macam histeria..Kalau boleh aku ingin luputkan semua sejarah hitam yang pernah mencacatkan hidup aku dulu..
Dan aku menangis tanpa henti sehingga Nial panik melihat perilaku ku ini…
“Kenapa jadi macam ni sekali sayang..” dia memelukku…
‘Huh…sayang!!’ aku menggeleng bagai mahu tercabut kepalaku ini dan lantas menolaknya jauh dari diriku..hadirnya dia dekat denganku menyebabkan api kemarahan yang terpendam selama ini meletus…
“I hate you..I hate you very much..jangan ganggu hidup saya lagi!!”

Nasib baik waktu itu Ain dan Awish sudah tertidur keletihan akibat penat bermain tadi…Kalau tidak sudah lama mereka menyaksikan pergaduhan ini…
“Aya..abang tahu abang salah..” matanya waktu itu sudah turut berair sama.
“Sudah lewat untuk awak menyesal sekarang..semua benda sudah banyak berubah..Bagi saya sekarang..semuanya sudah tak bermakna walaupun awak menyesal..”
“Berilah abang peluang sekali lagi sayang..abang janji tak akan sia-siakan. Abang akan baiki segalanya..”
Aku hanya diamkan diri..Sudah tak berdaya berbicara..sepatah kata keluar dari mulutku hanya mengundang air mata yang tak akan berhenti..”Aya tak kesiankan anak kita?”
Aku tersentak..’anak..’
“Aya…abang tahu Awish anak kita..anak abang..darah daging abang..Sekurang-kurangnya Aya fikirkan tentang Awish..Aya jangan nafikan lagi..abang tahu semua tu..”
“Awak yakin ke Awish tu anak awak??” membuatkan hati Nial terasa hati…Aya masih mahu menafikannya lagi…
“Awak betul-betul yakin ke? Saya ni kan isteri yang curang..Entah anak siapa entah yang saya lahirkan”
Ternyata hati Aya terlalu keras sekarang..dan kata-katanya nyata sinis dan menyakitkan sesiapa sahaja yang mendengar…Nial tahu.itu semua kata-kata yang pernah terkeluar dari mulutnya dulu tetapi itu semua sekadar di mulutnya kerana tidak dapat mengawal perasaan cemburu dan marah pada waktu itu…
“Aya please..jangan ungkit perkara dulu lagi..”
“Perkara dulu??” aku ketawa sinis sambil mengesat saki baki tangisanku tadi..
”Bagaimana saya tak mahu kaitkan perkara dulu dengan sekarang?? Kerana perkara dulu itulah saya jadi macam ni..kerana perkara dululah saya hidup dalam pelarian…dan kerana perkara dululah saya hilang keluarga saya..”
Aku menyapu lagi air mata yang kembali mengalir itu…Dan Nial nyata kelu dengan kesedihan ku yang tidak tertanggung ini…
“dan sekarang awak minta jangan diungkitkan perkara dulu!! Ya…saya yang dulu telah lenyap dari muka bumi ini di saat saya tidak dipercayai oleh suami saya sendiri..di saat keluarga saya meninggalkan saya sendiri..tapi perkara yang dulu tak akan lenyap di sini..” tunjukku ke kepalaku..” dan yang di sini masih sakit dan masih terasa pedihnya sekiranya diusik kembali” tujuku ke bahagian dadaku..Betapa sakitnya hatiku bila diperlakukan begitu kejam sekali pada waktu itu..
“dan sekarang awak hadir semula untuk berdarahkan kembali parut luka yang awak bagi pada saya dulu..jadi sekarang awak fikir…saya patut buat macam mana sedangkan di sini masih sakit..” tujuku pada ruangan hatiku..
Nyata dia hilang kata-kata bila melihat aku sesedih itu..

“Mama…”panggil anakku ..Entah mengapa dia tersedar pada malam ini di saat fikiranku melayang dan dia terlihat air mataku mengalir saat itu..
“Nape mama nangis..” tanyanya..
Petang tadi dia bertanya kenapa papanya pulang di waktu dia tidur dan sekarang dia melihat aku menangis menyebabkan soalan demi soalan terbit dari mulut si comel ini..
Malam itu aku melayan sedaya mungkin mulut si comel itu sehinggalah dia tertidur..
‘Maafkan mama sayang…kerana mama tak dapat berikan kasih sayang seperti keluarga lain..Mama tak mampu nak tempuhi hidup seperti waktu dulu lagi..’

Tuesday, May 5, 2009

Bila Hati Berbicara 13

Tak kusangka Nial masih tidak berputus asa sedangkan jiwaku sudah kosong untuk diinapi kecuali bila terfikirkan Awish..sayu hati ini kurasakan. Pemberian Nial yang lalu aku pandang sepi…sebuah telefon bimbit lengkap berkamera bagai..Masuk kali ini sudah lebih 10 panggilan kubiarkan sepi tanpa jawapan. Mesej usah dikata lagi..namun tidak tergerak hatiku untuk membuka dan membacanya..Bagiku perkara yang dah berlalu biarkan sahaja berlalu. Lagipun Nial sudah memiliki kehidupannya sendiri dengan isteri dan anaknya mungkin..Itulah yang dia kehendaki sebelum aku melangkah pergi dari sisinya..
“Mama…bila kita nak pergi ke pantai lagi..” tiba-tiba mulut becok Awish bertanya sedangkan kakaknya Ain begitu asyik bermain.
“Kan semalam kita dah pergi sayang..lagipun hari ni kan hujan…”
“Kenapa uncle Nial tak datang mama…” Mendengarkan pertanyaan itu membuatkan hatiku ini sebak..
“Uncle Nial sibuk sayang..lain kali kita jumpa uncle ya” tanpa sedar aku menabur janji pada anakku ini…
“Tapi uncle dah janji nak jumpa Awish selalu”
“Kenapa Awish nak jumpa uncle..mama kan ada…”
“Uncle selalu dukung Awish..best!!!” Tegakah aku memisahkan kasih seorang papa dan anaknya sedangkan waktu ini aku seboleh mungkin menafikan hak Nial sebagai papa Awish…
“Awish sayang uncle” tanyaku sekadar untuk menguji..
“Sayang…” cepat saje dijawab soalanku itu tanpa dia berfikir panjang…
Tiba-tiba handset pemberian Nial berbunyi nyaring…Aku memandang Awish dan Awish pula memandangku..
“Awish nak cakap dengan uncle tak??”
“Nak..nak..” Aku tersenyum dengan gelagat putera hatiku ini lantas aku menadapatkan handset itu…
“Hai Awish..” terdengar suara Nial..Aku biarkan Awish bercakap dengan Nial…ya, itulah tujuan sebenar Nial memberi alat komunikasi ini…untuk bercakap dengan anaknya..Aku tunaikan demi Awish..permata hatiku…
Lama benar mereka bercakap sehingga tiba-tiba Awish datang padaku sambil tersenyum nakal..
“Mama..papa nak cakap..” dihulurkan telefon itu padaku sedangkan waktu itu aku terkejut dengan sepatah kata-kata Awish..
‘Betulkah apa yang aku dengar…’papa’’
“Aya…” panggilan namaku menyebabkan aku tersedar bahawa Nial masih dalam talian…Aku hanya senyap memerhatikan wajahnya di skrin telefon..
“Abang datang ke sana esok ya?” sambungnya membuatkan aku terkejut..
“Tak payah..awak nak apa lagi?? Saya rasa kita tak ada urusan lagi..antara kita dah lama ternoktah..Awak tak faham ke?”
“Aya masih isteri abang..sampai bila-bila pun Aya akan jadi isteri abang..Jadi abang ada hak” tegasnya..
“Memang…tapi itu sekadar di atas kertas..tak lebih dari itu..”
“Aya…untuk kebahagian kita dan anak kita..please jangan buat abang macam ni”
“Saya dah cakap saya tak kenal siapa Aya!! Stop call me Aya!! Tak faham ke?” Dan aku menekan cancel..Ya..nama itu sekarang hanya akan membuatkan diriku hilang kawalan..Cukuplah!!

**************

“Mama…kenapa papa tak datang-datang lagi ni?” Jantungku terasa ingin berhenti berdegup saat itu..Nyata apa yang kudengar kelmarin benar..
“Papa…siapa papa sayang?” tanyaku ingin kepastian..
“Uncle Nial..uncle kata kalau Awish suka Awish boleh panggil papa” walaupun sedikit pelat aku mengerti maksud ayatnya itu..
Haruskah aku mengalah untuk kebahagian Awish..sudah tibakah waktunya aku kembali kepada realiti bahawa aku masih seorang isteri sementara Awish masih ada keluarga..nenek, datuk serta makcik…
Yang nyata…kenyataan itu begitu pahit untuk kuterimanya…Tapi demi Awish…
“Awish suka uncle Nial?”
“Suka..”
“Awish sayang uncle Nial??”
“Cayang…”
“Awish nak panggil Uncle Nial papa?” ujiku dan cepat sahaja dia mengangguk..
“Mama jangan marah papa ya..” membuatkan aku terkedu..
“Bila masa mama marah”
“Hari tu..masa mama cakap dalam telefon..”

Pedih untuk aku menerima keadaan ini bila Awish membela papanya..Memang Awish tak salah..tak patut aku halang dia mengasihi papanya..

Seperti yang diucapkannya, dia datang walaupun aku habis-habisan marah kepadanya sebelum ini…Aku biarkan Nial, Awish dan Ain bermain dan bergurau senda..Kucuba asuh hatiku ini menerima Nial demi kebahagian anakku…
“Buat apa?” tanyanya ketika aku sedang menyiapkan makan petang untuk anak-anakku..Aku sekadar mendiamkan diri walaupun pada mulanya aku terkejut dengan kehadirannya di dapur rumahku ini..
“Abang menyusahkan hidup Aya ke?” Sedih saje ayatnya..
Namun hatiku ini takut untuk menerimanya kembali..Tambahan pula luka yang dia berikan dulu begitu dalam dan amat menyakitkan…Walaupun jauh di lubuk hatiku sudah lama perasaan cinta itu hadir..lama dulu..sebelum waktu kami terpaksa kahwin..namun aku hanya sedar bila saat aku begitu teruk dilukakan..di saat kesetiaanku diragukan…Sesungguhnya sekarang walaupun aku pernah menyayanginya..bila dikenang peristiwa lalu..perasaanku lebih banyak benci dari segala-galanya…

Wednesday, April 22, 2009

Bila Hati Berbicara 12

Sudah penasaran LD mencari Aya sejak hari dia bertemu dengan Aya di pantai..Sudah 2 minggu dia meneruskan pencarian sehingga kerjanya terbengkalai..Tekadnya kali in biarlah bertemu dengan Aya walaupun pahit hakikat yang akan diterimanya…
“Nial..you guest what..Aku dah jumpa Aya” exited sungguh Rafiq memberitahu perihal ini pada sahabatnya.
“Kau jumpa Aya…. kat mana??” pantas sahaja Nial bertanya bila Rafiq menelefonnya hari itu.
“Ini kes klien aku..kes berebut anak”
“Aya..berebut anak!!” ditelan air liurnya..Baru sahaja dia berangan bahawa anak-anak itu adalah anaknya..”Dia dah kahwin??Mana boleh..dia masih isteri aku walaupun kami dah berpisah lama!!” marah Nial mendengar berita ini…
“Cool Nial..aku belum habis cerita lagi kau dah berapi”
“Macam mana aku tak marah…yang kau cakap tu isteri aku..my wife!!”
“Relaxlah lah beb..very interesting…actually bukan anak Aya..anak angkatnya..Ain Arissa” terasa lega hati LD dengan cerita Rafiq ni..sangkanya Aya sudah kahwin..
Baru dia bermimpi anak itu adalah anak-anaknya..but, another one..Awish
“How about Awish!” tanya tiba-tiba..
“Kau ni Nial..sekejap tenggelam kejap timbul suara..mahu aku mati terkejut dengan suara kau ni”
“Aku tak ada masa nak buat lawak dengan kau sekarang Fiq”
“Yalah..yalah..kau tanya pasal siapa tadi..A..wish”
“Ya.. Awish”
“Awish…Awish mana pulak ni”
“Anak angkat Ayalah..macam mana dengan Awish..tak berebut pula dia pasal budak tu”
“Setahu aku..seorang aje anak angkat Aya…Wait..mana kau tahu ni..kau dah jumpa Aya ya!”
“I guess yes…tapi bila aku panggil dia, dia tak jawab. seakan dia tak kenal aku”
“Kau rasa, lepas kau buat macam tu kat dia..dia akan terima kau begitu aje ke?”
“Aku tak tahu masa tu Fiq..” lirih saje suara Nial meminta pengertian Rafiq.
“Aku tahu..sebab tu aku nak tarik diri dari kes ni bila aku tahu ini kes Aya…Aku tak mahu porak-perandakan lagi hidup dia”
“Thanks Fiq..tapi..boleh kau tolong aku tak??”
“Apa pula ni?”
“Mesti kau tahu alamat Aya kan?”
“Ini maklumat sulit klien Nial..aku tak boleh bagi sewenang-wenangnya”
“Please Fiq..”

Akhirnya setelah rayuannya berhasil, terus dia menuju ke alamat rumah itu..Dari jauh dia terlihat kelibat seorang wanita yang sedang makan bersama anak-anaknya di halaman keluarga..
“Assalamualaikum..”
“Wa..waalaikummussalam…” ternyata jelas wajah terkejut di wajah Aya..tetapi disembunyikan reaksi terkejutnya baik-baik..
“Uncle..ye..ye..mana uncle tahu rumah Awish ni” sungguh gembira anakku ini menyambut orang itu menyebabkan hatiku sebak..
“Ooo..Encik..mana tahu rumah saya kat sini!!”
“Danial..” berat sahaja Nial memberitahu namanya…
Aku cukup tahu nama lelaki ini tetapi aku tidak mahu lagi menyebut namanya kalau boleh..
“Awish..duduk dan makan elok-elok…nanti mama tak bawa jalan-jalan kalau degil” marahku sedikit kerana dia terlalu ramah dengan orang luar…tetapi benarkan Nial orang luar???

Aku membiarkan anak-anakku bermain di taman permainan. Namun tak lepas dari pandangan mataku. Aku diamkan diri untuk menanti bicara hati Nial. Dia yang mahukan saat ini..jadi biar dialah yang mulakan cerita yang sudah lama aku pendamkan ini..
“Abang minta maaf atas segala silap abang selama ini..Abang mengaku abang terburu-buru saat tu..abang betul-betul tak berniat waktu tu” Aku hanya senyap mendengarkan percakapannya..Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana hendak berbicara dengannya lagi..3 tahun sudah cukup merubah kehidupanku..Hatiku ini lukanya sudah lama..dan hanya tinggal parut..namun bila disentuh, sakitnya masih terasa.
Dia mengeluh bila tiada reaksi daripadaku.
“Abang menyesal kerana sikap abang dan kerana keluarga abang, Aya menghilangkan diri sampai abang ada anak pun abang tak tahu” Pantas kerana ayatnya itu aku berpaling ke arahnya..Anak? Siapa anak dia?
‘Kalau kau ada anak dengan Nial sekalipun aku tak teragak-agak lenyapkannya dari muka bumi ni’ Ayat itu sering bergelumang dalam diriku dulu..dan kini ia datang kembali..Kata-kata ugutan mama Nial…
“Anak…siapa anak awak? Setahu saya, itu anak saya…both of them is my children..Awak tak payah mengarut dengan cerita yang tak pernah ada awak di dalamnya..”

Nial tahu Aya masih tidak mahu menerima kata maaf daripadanya..Dia tahu Awish adalah anaknya..kalau diikutkan umur, patutnya Awish memang anaknya..malah Awish amat iras dengannya…Orang yang tak kenal pun boleh kata begitu dengan persamaan yang begitu ketara..matanya..rambut..
“Abang tahu Aya marahkan abang…tapi Aya tak sharusnya menafikan bahawa abang ni papa pada Awish..Aya boleh hukum abang..tapi jangan pisahkan keluarga kita”
“Hukum…siapa saya nak hukum awak..keluarga?? Dah lama keluarga saya hancur..Malah cerita saya dan awak sudah lama berakhir..Pulanglah ke tempat asal awak..Awak tak akan dapat apa-apa di sini…Sudah terlambat awak fikirkan pasal keluarga sekarang..Awak seharusnya bersyukur kerana masih ada keluarga awak..tapi saya..saya dah tak ada sesiapa kecuali yang di depan mata saya sekarang” kutujukan mataku kearah 2 permata hatiku..
“Aya..abang…”
“Baik awak balik dan biarkan saje saya dengan kehidupan saya..dan awak dengan hidup awak…baik awak hilangkan diri dari hidup saya kerana kewujudan awak tiada makna lagi bagi hidup saya..”
“Aya..abang masih sayangkan Aya”
“Siapa Aya!! Saya tak kenal pun siapa Aya!!Sebelum saya hilang kawalan..baik awak pergi dari sini sekarang!!Pergi!!!”
***************************

Sudah lenyap sudah Nial dari hidupku..Tetapi mengenangkan Awish, hatiku pedih bagai ditusuk sembilu..Sekarang dia sering tertanya-tanya pasal Nial..padahal mereka bertemu hanya dua kali sahaja…Macam mana aku ingin jelaskan pada anak sekecil itu..Air mataku mengalir lagi kini mengenangkan dengan permintaannya petang tadi..
“Mama..Awish nak pegi pantai..nak jumpa uncle”
Siapa lagi yang dimaksudkan selain Nial..Kalau sebelum ini Awish memang susah nak dekat dengan orang luar..tetapi bukan dengan Nial..sekuat inikah naluri seorang anak mengasihi papanya…
Saat ini..aku sudah tidak tahu ke mana lagi aku mahu larikan diri dari Nial..Nial secara halusnya meminta haknya sebagai papa pada Awish..katanya lagi..dia masih sayang padaku…
Sayang..ada lagikah sayang itu untukku selepas apa yang dilakukannya padaku dulu..Sedangkan dihatiku ini sudah terlalu tawar untuk menerima lelaki bernama Nial ini..Kalau dulu, aku boleh mengikut apa sahaja walaupun melukai hatiku sendiri kerana untuk menjaga hati papa dan mamaku..Dan sekarang aku takkan merumitkan hidupku yang sudah sedia rumit ini..
Iskandar pula makin hari makin tidak faham bahasa..orang kata tak sudi tu..faham-faham ajelah..Nak paksa orang kahwin dengan dia pulak..dia ingat aku ni tak ada perasaan ke apa? Tapi memikirkan Ain pula..membuatkan fikiranku buntu..Kasihan anak itu, malah dia tak mengerti apa-apa pun…Bagaimana pula dengan Awish yang rindukan papanya juga??
“Sue..ada orang tinggalkan benda ni untuk Sue” waktu itu aku baru lepas tenangkan fikiran mengenai perkara yang mengusutkan kepalaku ini..
“Apa ni..siapa bagi”
“Entah..tak tahu pulak..agak-agaknya bom kot Sue”
“Eii..tak sayang mulut betul”
Aku angkat sahaja kotak itu..meluncur satu kad yang cantik sekali..

My beloved wife…Aya,
Abang kena balik dulu..Maaf sekiranya kehadiran abang menyusahkan dan membuatkan hati Aya makin terluka…Tapi percayalah sayang…abang masih menyayangi Aya.
Lukman Danial

Sunday, April 5, 2009

Bila Hati Berbicara 11

Bab 11

3 tahun berlalu…

Angin pantai membuatkan hatiku tenang setenangnya…Begitu indah ciptaan yang maha Esa. Dari jauh kulihat anak-anakku berlari dengan riang sekali sambil bermain pasir pantai..
“Mama..mama..marilah kat sini tolong kakak ngan adik buat castle” Aku tersenyum..2 permata hatiku yang menjadi penguat semangatku untuk hidup. Ain dan Awish…Anakku yang bongsu itu, sejak mendapat kaki, jalannya mengalahkan orang yang dah lama berjalan..Hendak berlari aje..
Namun kebahagianku tak bertahan lama bila tiba-tiba aku mendapat surat dari mahkamah tentang tuntutan hak penjagaan Ain. Ain Arissa adalah amanah untukku daripada Kak Suzi setelah pemergiannya setahun yang lalu.. Tetapi Ain bagaikan anak kandungku sendiri kerana akulah yang menjaganya sejak Kak Suzi sakit..
“Sue…you tolong settle kan tempahan sorang customer ni..susah betul!!Cerewet!!”
“Alah Kamal ni…semua hal nak senang aje..kalau harapkan Kamal sorang uruskan tempat ni dah lama bankrap agaknya.”
“Sebab tu bos ambil Sue kerje dengan dia..jadi tak payahlah bos tutup tempat ni”
“Banyaklah alasan nye..dah memang malas nak buat kerje tu cakap ajelah..tak payah nak bodek orang dulu..Sue ni tak makan saman tau”
“Sue..nama dia Encik Iskandar..Iskandar Idris”
‘Iskandar Idris??Macam pernah dengar aje nama ni..tah..tah lelaki yang nak menyusahkan hidup aku ni.. Tengku Iskandar…kenapalah aku sering terlibat dengan nama yang pangkalnya tengku..Cukuplah sekali dulu hidupku porak-peranda kerana ‘dia’…Kini Ain pula menjadi mangsa percaturan hidup.. Ain baru berusia 4 tahun..anak sekecil ini mana tahu tentang erti hidup..Bagi Ain..aku adalah mamanya…Amat kasihan sekali pada Ain tidak dapat mengecapi kasih sayang dari darah dagingnya sendiri. Bagaimana aku hendak pertahankan amanah Kak Suzi sedangkan ayahnya lebih berhak dari diriku ini…

*******************************************

Iskandar sekarang semakin menggila ..kalau dulu dia sibuk ingin mendapatkan haknya sebagai ayah kepada Ain..tapi sekarang dia ingin mengambilku sebagai isterinya kalau betul aku tak ingin berpisah dengan Ain..Kerja gila namanya…

“Mama..mama..Awish mana mama” tiba-tiba Ain menyapaku dan mengembalikan aku pada kenyataan semula..
Tadi Ain dan Awish elok sahaja berada di depan mataku. Namun kerana masalah yang makin memberat ini, aku lalai dan saat ini entah di mana anakku itu berada. Puas aku mencari sambil memimpin air… Debaran di hati usah dikata..terasa sesak rasa di dada ini..

Alangkah terkejutnya aku bila terlihat kelibat Awish dari jauh sedang bermain dengan seorang lelaki..
“Awish…kenapa main kat sini tak cakap kat mama” Aku memeluk anakku ini dan air mata sudah tidak terkawal olehku..Inilah nyawa dan penguat semangatku..
“Awish..Awish nak ike….krim” Awish bercakap dalam ayat pelatnya..Rupanya lelaki itu membelikan ais krim untuknya..
“Awish..lain kali cakap kat mama dulu sayang…promise with mama”
“Entah adik ni..lain kali cakaplah dulu..nanti sama-sama kita pergi beli” tambah Ain..
“Ok mama…ok kakak..cayang mama” Awish mengucupku..Tanpa aku sedar telatah kami anak beranak diperhatikan oleh lelaki itu..
“Maaf ya Encik..Anak sa…” kata-kataku mati bila mataku bertemu pandang dengan lelaki itu…Lelaki itu…yang dulu pernah mengisi hari-hariku bersama..yang menghancurkan hatiku dulu…lelaki yang tak pernah ingin mempercayai kesetiaanku dulu…
“Terima kasih sebab jaga anak saya..terima kasih…saya minta diri dulu..hari dah gelap ni..Kakak..adik..jom kita balik” aku segara meminta diri untuk melarikan diri dari lelaki ini..
“Aya!” lelaki itu memanggilku bila aku sudah berada sudah agak jauh darinya..Lantas aku cepatkan lagi langkahku ini..Aku menuju ke kereta..Aku bernasib baik kerana membawa kereta ke sini hari ini walaupun rumahku tidak jauh dari sini..Kalau tidak mesti aku tidak dapat melarikan diri lagi…
“Mama..kita nak pergi mana ni..tak cakap pun tadi” celah Ain..padahal memang sudah tahu tujuanku..Suka sangat mereka meronda-ronda sekitar pantai ni..
“Ain…duduk elok-elok kat belakang tu..nanti mama cancel plan nak pergi jalan-jalan tau” walaupun rasa tidak keruanku masih ada di hati..anak-anakku telah menghilangkannya sedikit dengan kepetahan dan kenakalan mereka..
“Ya lah kakak ni..duduk cepat..Awish nak alan-alan ni” marah si adik..
Aku tersenyum di dalam duka..

LD seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi..
‘Silap orangkah? Namun perempuan itu amat mirip sekali dengan Aya…tak mungkin aku silap..Tapi siapa dua orang kanak-kanak itu..Anak akukah? Jika benar itu Aya..kenapa tidak dihiraunya aku ini..Benci sangatkah Aya padaku..’
Sudah dikejarnya tadi..namun sudah terlambat gara-gara terkejut bila terjumpa insan yang dicari dan yang dirinduinya itu…

Sunday, March 22, 2009

Bila Hati Berbicara 10

Sebulan berlalu sudah…Nial sudahpun bekerja sementara aku baru masuk sem ke 4..lagi satu tahun untuk aku tamatkan pelajaran. Aku tak tahu bila rahsiaku pecah bila Fifi tiba-tiba menyerangku selepas seminggu kami bertemu kembali..
“Ooo…jadi kaulah puncanya ya sampai si LD tu tak hiraukan aku selama ni..Aku tertanya-tanya selama ni kenapa kau pelik semacam dan selalu mengelak dari aku…rupanya kau punya angkara..harapkan pagar..pagar makan padi..pengkhianat!!!”
“Apa kecoh-kecoh ni Fifi”datang Lily dan Atie kelam kabut..
“Ni..kawan kau orang ni..kononnya yang baik hati..tapi rupanya sebusuk-busuk perangainya!!kau nak tahu..sebab perempuan keparat nilah aku dan Nial berpisah..dan sebab dia nilah Nial tak layan aku lagi..sebab dia..dia!!!”tempik Fifi..
“Apa ni Aya!! Betul ke?”
“Aku..aku”
“Kan betul..dia ni memang jahat..kononnya dulu nak pujuk LD..balik-balik dia perangkap LD rupanya..”
“Perangkap LD??”
“Apa maksud kau Fifi”
“Dia goda LD..berkepit sana-sini..selama ni aku cari jugak siapa perempuan tu..rupanya kawan aku sendiri..Perempuan tak tahu malu!!Murahan!!”
Ping…tangan Fifi sudah melekat di pipiku…
“Apa kau buat ni Aya! Patutlah kau selalu hilang..kau buat benda tak elok ya! Aku tak sangka kau busuk perangai..aku malu ada kawan macam kau!!”
Betapa hancurnya hatiku saat ini bila Lily berkata begitu tanpa sempat aku membela diri..Kalau tadi, tamparan itu sungguh menyakitkan, namun kata-kata berbisa itu lebih menyakitkan..Sementara Atie melihat diriku ini dengan pandangan tidak percaya…
“Hei perempuan..jangan harap kau akan dapat LD…dia milik aku..Aku akan rampas balik!!!”
Aku hanya dapat menangis di bilik menyesali nasibku ini…’Inikah kawan-kawanku selama ini yang bergelak gembira denganku..Bagi mereka..aku pesalah..sedangkan aku pun tak pinta nasibku ini..Tapi bukan salah mereka 100%..Biarlah rahsia ini aku genggam daripada memburukkan keadaan kerana mereka langsung tak memberi aku peluang untuk jelaskan..’
Aku menangis dan menangis sampai terlupa janjiku dengan LD.

Sudah 5 kali panggilannya tak berjawab..apa dah jadi pada Aya ni? Kadang-kadang dia kurang mengerti tentang Aya..Kadang-kadang senang diagak dan kadang-kadang dia bagai tak mengenali Aya langsung..LD bukanlah seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..
“Nial..apa dah jadi ni..dari tadi mama tengok asyik pegang telefon aje..kenapa? Isteri kamu tak angkat ke”
“Entah la mama…Aya ada kerja kot”
“Entah-entah sedang bersukaria dengan lelaki lain…Nial apa tahu” mama Nial mula memulakan rancangannya untuk mencucuk jarum..
“Takkan lah mama”
“Yalah tu…sampai laki sendiri pun tak dihiraukan..kalau orang lain..jaga laki diaorang..duduk sebumbung..Ini tak!! Sorang kat sini sorang lagi pulak kat sana”
“Aya kan masih study lagi mama..”
“Orang lain pun study jugak..tapi taklah tinggalkan suami ..Ini tak boleh, itu tak boleh..Senang-senang Nial kahwin lagi satu..Nial bukan tak mampu!!Kalau dia tak bagi..ceraikan aje…senang!”
“Mama ni!! Nial sayang sangat kat Aya..mama jangan nak hasut Nial”
“Buat apa mama nak hasut..mama just kasihankan anak mama ni!!”
Tanpa pamitan Nial angkat kaki..Di dalam hatinya mula tertanya-tanya adakah betul Aya bersama dengan lelaki lain..Betulkah Aya sengaja mencari alasan untuk tidak tinggal bersamanya..Perasaan ragu mula timbul..
******************************************

Sejak perselisihan faham itu berlaku, aku mula tinggal di rumah Nial untuk sementara waktu…namun keadaan hidupku makin teruk. Aku mula berselisih faham dengan Nial tanpa aku ketahui puncanya malah ugutan demi ugutan dari mama Nial makin menakutkan diriku ini..
Sehinggalah suatu hari waktu aku pulang dari kuliah, kelihatan mama Nial dan entah siapa perempuan bersamanya.. Seorang gadis yang cantik lagi bergaya..yang membuatkan aku terkejut, Nial pun ada sama walhal tadi dia baru sahaja telefon mengatakan dia ada meeting..Hancur hatiku waktu itu..
“Hari ni tak keluar dengan buah hati ke” Terkejut aku dengan soalannya itu..Bila masa pula aku keluar dengan lelaki ni? Dengan buah hati pula tu..
“Apa abang cakap ni..Aya tak fahamlah”
“Jangan berpura-pura tak tahu..Lira cakap Aya keluar dengan lelaki..Siapa?Fahmi? Dah gatal sangat sekarang sampai cari lelaki lain kat luar!”
‘Apalagi yang Lira cakapkan ni..Memang dari dulu lagi adik Nial yang satu ni suka cakap yang bukan-bukan’
“Bukan abang tak kenal adik abang tu..suka sangat cakap benda yang tak betul”
“Kau jangan tuduh adik aku yang bukan-bukan!” Marah sungguh lagaknya..malah kata-katanya agak kasar membuatkan hatiku ini sakit..Sebelum ni mana pernah dia berkau aku dengan aku..Patutnya aku yang marah bila dia bercakap tak serupa bikin..
“Habis abang percayalah cakap Lira tu..abang tuduh Aya curang..begitu?”
“Yalah..dan sekarang abang tak teragak-agak ikut cakap mama supaya kahwin lagi satu..tapi jangan harap aku akan lepaskan kau dengan jantan lain!!”
Di luar bilik, 2 pasang mata melihat dan tersenyum…
“Mama tak puas hati lagi ni..kali ni biar putus terus!!”
“Mama nak buat apa?”
“Mama nak perempuan tu berambus terus dari hidup abang kamu”
Sementara itu Aya berlari keluar dari bilik dengan keadaan tergesa-gesa kerana patah hati dengan Nial dan dia terpegun melihat mama Nial jatuh dari tangga …
“Apa Kak Aya buat ni” tiba-tiba Lira berada disebelahku.
“Kenapa Lira!!” Nial muncul dari bilik
“Kak Aya tolak mama jatuh dari tangga”
“Apa!!!”
**********************************
2 minggu berlalu….

Semuanya berlaku dengan pantas. 2 minggu lalu, rumahtanggaku berkecai walaupun tergantung tanpa kata…dan yang paling menyedihkanku..sekelip mata sahaja aku keseorangan..tanpa papa..mama dan along…hilang sudah tempat aku untuk mengadu nasib. Semuanya berpunca dari kemalangan ketika mereka berkejar ke tempatku bila aje aku menelefon dan menangis teresak-esak..Perkara yang amat jarang aku lakukan..Dan kini aku menangis kerana keseorangan di dunia ini..Nial??? Biarlah dia menjadi sejarah dan sekiranya pemergianku ini membahagiakannya..aku redha..
“Mak su..tolong jaga rumah ni ya..Yaya tak boleh tengok rumah ni buat masa sekarang..bayangan papa, mama dan along sentiasa ada di rumah ni..Yaya tak kuat maksu..Nanti bila hati Yaya dah tenang…Yaya pulang ke sini…Tolong ya maksu”
“Yaya nak ke mana? Duduklah kat sini…tak pun duduk dengan maksu…Maksu tahu Yaya ada masalah dengan suami Yaya kan..mana tahu dia cari Yaya lepas ni..macam mana maksu nak cakap?”
“Dia takkan cari Yaya maksu..dia nak kahwin lain..biarlah dia dengan hidup dia”

Kukunjungi pusara mama,papa dan along buat kali terakhir..

‘Papa…mama…along…Yaya janji Yaya akan kuat..Yaya tak akan susahkan sesiapa lagi..Yaya akan cari balik diri Yaya yang hilang’

Itulah janjiku sebelum aku melangkah pergi............

Thursday, March 12, 2009

Bila Hati Berbicara 9

Sejak hari itu masalahku dengan Nial selesai namun bukan dengan keluarganya dan….Fifi. Letih fikiranku ini memikirkan perihal Fifi…Fifi sudah tidak bertanya perihal LD..tetapi LD merupakan teman lelaki Fifi yang paling lama bertahan dengan sikapnya malah aku tahu jauh di sudut hati Fifi dia menyesal dengan perpisahannya itu. Rumit…hidupku memang rumit!!
‘Ah..malas nak fikir lagi!!’
“Abang..hujung minggu ni kita balik rumah mama ya”
“Mama abang ke..mama Aya”
“Mama Aya”
“Kenapa tiba-tiba ni…abang sibuklah 2-3 minggu ni, lain kali ya sayang”
“Tak nak..nak balik minggu ni jugak”
“Tak boleh sayang”
“Kalau macam tu biar Aya balik sorang-sorang”
“Kenapa ni..cakap betul-betul kat abang”
“Rindu kat papa ngan mama”
“Habis abang”
“Tulah sebab Aya ajak balik sama, taklah rindu nanti”
“Hmm..nampaknya sekarang dah pandai rindukan abang ya!!” senyumnya sudah melebar..
“Abang tak nak balik sudah!!Aya balik sorang-sorang” Lantas Aya mengangkat kaki..
‘Aik..isteri aku ni dah pandai merajuk pulak sekarang..Rasanya aku jer yang biasa merajuk’.Nial mula hairan dengan sikap isterinya ini tetapi dia bahagia kini.

Seperti yang diizinkan Nial, aku pulang tanpanya..Aku pun hairan sebenarnya, sejak bila aku pandai merajuk dengan lelaki bernama Nial ni. Yang pasti hidupku sekarang teramat jauh dari perhitunganku.
“Yaya ni..tiba-tiba balik, saje nak surprise mama ngan papa ke? Mana Nial..Yaya tak ajak sama ke?”
“Rindu kat mama ngan papa la, sebab tu balik..sampai kena tinggalkan suami kesayangan” kesayangan ke?? Aku pun tak tahu..”Dia sibuk la mama..kena submit dia punya report master”
“Sebab rindu aje ke??sebab tu baru balik..kalau tak..haram nak nampak muka sekarang..macam mana hidup Yaya sekarang..Nial ok..parents Nial apa khabar?”
“Biasa aje” sengihku malas ceritakan hal yang sebenar..takut mama risau.
“Ni..mama nak tanya sikit..Yaya masih tinggal asing ke dengan Nial?”
“A..ah”
“Tak baik buat macam tu Yaya..tanggungjawab Yaya sekarang pada suami tau” aku sengih lagi..
“Nial tak kisah pun mama”
“Memang lah kalau bukan Yaya berkeras, tak lah Nial tu bagi kan?”
“Alah mama ni..tak sukalah Yaya mama macam ni..Along mana”
“Macamlah tak tahu along kamu tu, hujung minggu mestilah dia keluar enjoy..tu lah lain kali cakap awal-awal nak balik tu”
Aku hanya tersenyum.Nyata kasih sayang mama padaku masih sama seperti dulu..Papa pula, kalau aku tak menentang arahannya pasti akulah anak kesayangannya.Takut aku dulu bila fikir balik aku tak mahu kahwin dengan Nial..nyaris putus hubungan anak beranak. Yang nyata semuanya demi nama baik keluarga. Baru aku sedar sekarang betapa besarnya tanggungjawab ibubapa dalam membesarkan anak-anaknya. Ibubapa?Anak? Naluri hatiku begitu aneh sekarang. Aku menyentuh perutku, sejak 2-3 hari ini aku terasa lain semacam..terasa satu perubahan di dalam diriku ini…Aku telan liur, teringat bahawa periodku sudah terlewat dari biasa..kemungkinan yang satu itu mula timbul di benakku ini..
“Yaya…kenapa boleh termenung tiba-tiba ni..puas mama panggil. Yaya ada masalah ya”
“Aa..mama ni..mana ada..saje aje mama nak kenakan Yaya ni..” Sengihku nyata tidak menyenangkan mama pada waktu itu..dia hanya mengeluh dengan sikapku ini.

**************
Seperti yang dijanjikan Nial menjemputku di stesen bas Larkin..aku selesa begitu dengan rutinku yang sentiasa bersederhana walaupun Nial mencadangkan aku naik flight saje..Namun aku tidak mahu merubah kebiasaanku ini..
“Hai sayang..happy balik kampung sorang-sorang”Aku perhati reaksi mukanya..aku tahu dia sengaja memerliku kerana aku berkeras hendak pulang ke kampung tanpanya…waktu dia sibuk begini.
“Mestilah..tapi tak best sebab abang tak ada” saje aku ingin mengambil hatinya..
“Emm..ingat juga kat husband yang ditinggalkan ni..ingat dah lupa terus”
“Alah..only this time je..lain kali kita balik sama-sama ya!” pujukku.
“Ok..but dengan 1 syarat…malam ni kita tidur rumah mama ya..Mama dah mula bising sebab abang dah lama tak balik” ‘Aduh!! Inilah yang aku paling malas, benci, takut dan tak mahu ni’
“Kan abang busy dengan report abang” dalihku..
“Dah siap pun..tinggal nak hantar je”
“Betul..cepatnya” terkejut aku..aku rasa report tu bukannnya sikit..
“Ialah…sebab kena tinggal dengan isteri, kenalah buat cepat-cepat..nanti tak boleh jumpa dengan isteri pulak” Macam perli aje bunyinya.
“Lain kali kenalah Aya balik kampung sorang-sorang supaya kerja abang tu cepat siap kan?” gurauku.
“Ah…tak payah..tadi dah janji kan..the last time..lain kali jangan harap abang izinkan”

Aku menarik muka masam, saje tunjuk perasaan tapi dia buat-buat tak tahu.Hampeh betul..Dan kami sampai jugak di rumah mama Nial…Macam biasa, jelingan maut mama Nial membuatkan aku semakin gerun. Agaknya dia ingat Nial pulang sorang-sorang…
*************
Sedang aku lepak-lepak di ruang tamu menunggu Nial,tiba-tiba mama Nial muncul..
“Bila kau nak berambus dari hidup anak aku?” Aku telan air liur…”Kau jangan nak berangan jadi menantu rumah ni lagi.Lepas Nial tamat belajar..kau pun akan tamat menjadi menantu rumah ni!!” dan aku tersentak..
“Kenapa??terkejut..tak payah buat muka depan aku…jangan harap kau akan kekal hidup dengan Nial…Nial pasti akan tinggalkan kau..lagi satu!!...kalau kau ada anak dengan Nial sekalipun..aku tak teragak-agak akan bunuh anak kau..Aku tak mahu keturunan kau mencemarkan nama baik aku!!” Lantas ugutan mama Nial membuatkan aku sesak nafas..Ku tahan air mataku ini dari menitis..sejauh itukah mama Nial membenci diriku ini..
Mendengarkan ada langkah kaki mendekati kami..mama Nial berpura-pura ramah denganku..Hipokrit!!Kulihat Nial mendekatiku dan tidak lama selepas itu mama Nial meninggalkan kami berdua..
“Why are you so upset sayang…mama cakap apa tadi?” kiranya terkesan juga perubahanku di matanya.
“Tak ada apa-apa la..Maybe ingatkan papa dan mama lagi kot”
“Kan sayang baru je balik dari sana”
“Yelah..tapi kejap aje kan”
“Ok…nanti kita balik lama-lama lain kali ya” lagaknya macam pujuk budak kecil pulak.Namun itu semua tidak dapat memujuk hatiku yang seduh, takut dan sengsara ini.
“apa yang papa cakap tadi..lama betul abang kat atas”
“Papa?Em.apa lagi kalau tak perihal syarikat..Abang rasa lepas settle projek master abang bulan ni..pasti kena paksa kerja terus”
“baguslah macam tu kan”
“Aya sayang..kalau kerje dengan papa, abang kena outstation selalu tau!”
“Kan itu memang tanggungjawab abang..tolong keluarga,lagipun abang kan anak sulung..” Walaupun aku tak diterima oleh keluarga ini, aku bukanlah seorang yang suka mengadu dan suka memecahkan hubungan kekeluargaan…
“Aya tak kisah kena tinggal selalu”
Aya sekadar mengangguk.Tanpa sedar..Aya tdak tahu keadaan ini bakal merumitkan hidupnya lagi….

Bila Hati Berbicara 8

Entah ke mana dia membawaku. Yang nyata tempat ini begitu asing dan sunyi sekali. Terbayang waktu LD marah dan kami ditangkap basah. Kali ini apa pula petanda buruk. Dia memberhentikan kereta entah di mana dan aku masih kaku di situ. Aku Cuma keluar bila ditariknya.
“Kita nak ke mana ni?” Nial tidak menjawab, malah ditariknya tanganku menuju ke lif..dan akhirnya tiba di apartment yang tidak pernah aku kunjungi..Keindahan rumah ini nyata tidak menghilangkan perasaan takutku ini malah makin menggerunkan.
“Nak buat apa kat sini? Rumah siapa ni..Aya nak balik!!” kata-kataku itu membuatkan dia berang lantas ditolaknya aku ke bilik tidur dan aku panik.
“You tak sepatutnya mencabar I…you yang paksa I buat begini!” Nial makin mendekat membuatkan Aya semakin menjauh.
“You jangan harap I akan lepaskan you…you are mine forever!!” dan langkahku mati bila aku terperangkap antara tubuhnya dengan dinding. Terasa nafasnya hangat di wajahku dan air mataku mengalir laju..
“Maafkan Aya..please..aya minta maaf jika Aya sakitkan hati Nial..jangan buat Aya macam ni..”
“Kenapa? Nial rasa tak salah kan..don’t cry” tiba-tiba lembut pula bicara di saat itu dan tangannya sudah menyapu air mataku di pipi. “Jangan nangis sayang…abang minta maaf kerana berkasar dengan Aya” Anginnya tiba-tiba aje berubah dan aku kaku dalam pelukannya.
“Aya minta maaf sebab naikkan darah Nial” Nial hanya tersenyum..mungkin telah sejuk hatinya waktu itu.” And actually..cicncin tu ada..Aya simpan”
“Lain kali jangan sesekali pecat, abang tak izinkan..boleh tak?” Lagi pelik Aya dengan tingkah Nial..ayat pertama berupa arahan..ini tanya pulak..tapi perangai anginnya tu memang tidak boleh ditegah..”Lagi satu, jangan naikkan darah abang lagi, boleh?” aku hanya senyap.
“Boleh tak ni?” ketegasannya menyebabkan aku mengangguk…
Tiba-tiba bicaranya berubah lagi..terlalu romantic sehingga aku melupakan masalah-masalah lain..Dan malam itu secara rasmi Aya dan Nial menjadi suami isteri bukan sekadar di atas kertas sahaja.
Pagi itu senyumnya memanjang sehingga aku tidak keruan.
“Ok..abang setuju kita berjumpa hujung minggu saje..tapi Aya pun mesti buat sesuatu untuk abang kan..baru adil”
“Nial nak suruh Aya buat apa” tanyaku tanpa memikirkan kesannya.
“Abang nak anak!!”
“What!!”
“Relax la sayang..abang tak tuntut sekarang..later..bila kita habis study” Aku melepaskan nafas lega..kami baru saje memulakan langkah dalam alam rumahtangga dan sekarang dah fikir pasal anak..jauh betul angan LD..Adakah itu mungkin buatku??
“Tapi..kalau sekarang pun abang tak kisah” dia tersenyum padaku dan aku bagai terkena rencatan elektrik..Semuanya mudah baginya sedangkan aku tertanya-tanya dengan kehidupanku pada masa akan datang..
*********************
Suatu hari, tiba-tiba nombor asing wujud di handphoneku..nyata pemiliknya lelaki.
“Aya kan..I kawan Nial, Rafiq”
“Oo..Rafiq..ya kenapa? Something happen to Nial ke?”
“Cool Aya..cool, just demam. Tapi Nial ni kalau demam memang teruk, dah lah penakut nak jumpa doktor..you datanglah datang pujuk dia…kot lah dia cair”
Malam tadi rasanya dia elok saje..Sembangnya pun macam biasa.
“Ok..nanti petang I datang..tapi..er..you all tak kisah ke I datang sana”
“alah Aya..bukan salah pun..lagi pun kami semua jarang ada kat rumah..malam buta baru nampak batang hidung..tu pun sebab nak tidur”
Sebenarnya aku lega, memang sudah ku ketahui cara hidup kawan serumah LD yang selalu lepak di luar..tu pu LD yang ceritakan. Malah sudah beberapa kali LD mengajak aku masuk tetapi memandangkan rumah orang bujang..aku segan untuk masuk.\
Aku bernasib baik setiba aku di san Cuma Rafiq yang kelihatan
“Masuklah Aya..buat macam rumah sendiri. Bilik Nial kat atas..belok kanan dan bilik paling hujung”
“Nial tahu ke I nak datang”
“Nope..saje I tak bagi tau..nak kasi surprise sikit.mana tahu hilang terus demamnya..”
Aku tersenyum..Tiba di bilik Nial, aku lihat dia sedang tidur di katilnya. Lena sungguh..Sudah satu jam aku di bilik Nial..semua barang yang berselerak aku kemaskan..tiba-tiba..
“Sayang…”
“Shu…tidurlah, Nial tak sihat kan” dan mata Nial kembali rapat.
Nial bangun bila dikejutkan oleh satu mesej..namun tak dihiraukan..dilarikan matanya ke kiri dan kanan namun kelibat isterinya tidak kelihatan..dan dia mengeluh.’Mimpi rupanya..ingatkan Aya ada di sini tadi’ dan dia terkejut bial Aya muncul di pintu dengan hidangan.
“Dah bangun pun…”Aya meletakkan tangan di dahi Nial..
Habis semangkuk bubur ayam dimakan LD. Kesian suamiku ini, ada isteri macam orang bujang jugak hidupnya. Timbul perasaan kesal di dalam hatiku ini. Difikirkan balik, memang aku bukan isteri yang baik jauh sekali bertanggungjawab. Lantas lamunanku terhenti bila dipanggil Nial..
“Kita pergi klinik ya..demam Nial ni teruk jugak..nanti susah pulak!!!”
“Tak apalah..abang dah sihat..rehat sehari dua baik lah nanti”
“Kita pergi klinik dulu..lepas tu kita tengoklah macam mana”
“Abang tak nak ke klinik!!” gaya budak 5 tahun merajuk lagaknya..
“Kenapa tak nak pulak..kejap aje..nanti cepat sembuh”
“Abang nak tidur!!” Nial pejam mata rapat dan tidak mahu mengalah.
“Tak bolehlah macam ni..kita pergi klinik kejap je” Pujukku sambil membelai rambutnya perlahan..aku tahu dia gemar diperlakukan begitu tetapi masih tak mahu mengalah.Tiba-tiba aku mendapat idea..
“Ok..kalau Nial setuju pergi klinik, Aya tunaikan permintaan Nial yang Nial minta dulu..” Tiba-tiba aje dia membuka mata seakan-akan sudah hilang demamnya..
“Anak!! Are you serious Aya!!” Nyata aku pulak yang terkejut dengan permintaannya.
“Yang tu kan dah janji after kita habis study!!”dia mengeluh kecewa dan pejamkan mata..
“Abang..” Itulah panggilan yang dipintanya selepas kami dikahwinkan dan belum ku tunaikan.
“Ok..I accept it” dan dia bangun sambil terhuyung-hayang..kononnya dah sihat..’Punyalah susah nak ajak ke klinik..macamlah orang suruh terjun lombong’.
“Tengoklah..punya tak sihat..masih degil jugak!!” omelku sambil menolongnya bersiap ke klinik..
“Tak baik tau cakap macam tu kat suami..”

Bila Hati Berbicara 7

Sedar tak sedar, dah sebulan LD seakan lenyap dari hidupku..Seakan peristiwa pahit itu tidak pernah terjadi di dalam hidupku dan seakan aku tidak pernah bergelar isteri kepada LD. Memang hidupku kini kembali pada hidup asalku yang dahulu, tetapi itu sekadar luaran sahaja. Di hati ini tidak siapa yang tahu, di mana perasaanku sering bercanggah dan fikiranku terlalu kusut..Kalau otak dikepalaku ini boleh dilihat oleh manusia biasa..memang jelas keserabutannya…
Dalam diam, jauh dilubuk hatiku ini, rasa bersalah semakin menggebu, malah tanpa aku sedar..seakan kasihku pada LD sudah bercambah walaupun tak pernah terucap oleh kata-kata..Aku tahu mungkin aku bertepuk sebelah tangan..mungkin juga LD mencintaiku..mungkin juga tidak..Aku tidak tahu semua itu..kadang-kadang aku terasa di amat menyayangiku tetapi kekadang aku rasa di sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai suami hanya kerana terpaksa..Buktinya, jelas sekarang dia tidak menghiraukanku sehingga kini..Namun hatiku sekarang ini amat degil untuk menarik diri dari hubungan ini..tidak seperti di awal perkahwinanku…yang nyata aku sentiasa menjadi penunggu setia untuk dia membalas mesejku dan panggilanku walaupun perkara itu telah terhenti oleh LD sebulan yang lalu..Persoalan mungkin, begitu banyak di dalam diriku ini sehingga akhirnya aku tertanya..mungkinkah aku harus menyerah dari pertahankan hubungan ini???
Genap satu bulan sepuluh hari..LD tiba-tiba muncul di hadapanku, itupun secara tidak sengaja di mana waktu itu aku bersama Atie dan Lily shopping di Jusco dan dia bersama temannya yang lain..yang nyata mereka amat mengenaliku..namun pandanganku lebih kepada LD bila dia memberikan aku satu jelingan tajam yang amat menyesakkan dadaku..Sesungguhnya, LD sekarang amat jauh pada diriku..Tuhan..apa akan jadi padaku ini..Nyata tujuanku untuk shopping sudah hilang tumpuan..yang ada cuma LD!!
Petang itu, sedang aku mengemas bilik untuk menghilangkan kekusutan di kepala..tiba-tiba handphoneku bergetar…ya…LD!!
“Meet me at usual place…now!!”
Aku termenung..apa lagi dia hendak buat..sikap memaksa orangnya itu cukupku tidak senangi..dan ini..satu arahan!!Arahan seorang suami pada isterinya…Kalau difikirkan balik aku tak mengerti..haruskah aku pergi sedangkan selama ini dia sudah banyak menyeksaku dalam diam…adakah aku terlalu keras hati??Ego..atau dia yang terlalu ego..Tanpa aku sedari..air mataku mengalir..

Aku hanya diam membisu setelah sampai di sana..Hampir 30 minit kami senyap tanpa kata..Sebenarnya aku tak tahu di mana mahu bermula..jadi aku menunggu sehingga dia mulakan..
“So..bahagia I tak ganggu..puas hati enjoy dengan kawan-kawan you!! Suka hati buat I macam ni?? Dah tak ingat you tu isteri I..or should I tell everybody that you are my wife?? Biar satu kolej tahu..baru you tahu nak jaga hati I!!” Marah benar bunyinya..selama ini siapa yang tak layan siapa? Aku mesej bukan dibalas..aku telefon..dia lagi suka tidak angkat..lepas tu aku jugak yang disalahkan…tapi kata-kata itu hanya bergema dihati..malas melayan amarahnya..Malas???Erti kata lain hati aku ni sakit sampai dah tak terluah pun..Kalau aku jawab pun pasti buat sakit hati aje.. Memang dari dulu perangainya begitu..dengan aku dia memang pantang aku menjawab…Jadi aku biarkan dia luahkan dulu..
“Dah tak ada alasan nak bagi kat I ke??or sengaja nak sakitkan hati I lagi?” dan tanpa aku sedari..mata LD jatuh pada jari manis Aya dan nyata cincin perkahwinan mereka sudah tiada di situ menyebabkan LD berang..
“Where is your ring!!!” tegas LD bertanya sambil memegang tanganku sehingga terasa sakit..
“Where is your ring Suraya Hanni..I’m asking to you!!”tengkingnya menyebabkan aku terasa panas hati…
“Hilang..” tipuku dengan nada yang tinggi juga..LD semakin berang dan mengemaskan cengkaman..Aku tak tahu kenapa aku terlepas cakap begitu padahal cincin itu ada di handbagku ini…
“Apa!!hilang!!You sengaja buang ya Aya!”
“Auch..sakitlah,lepaslah..sakit Nial”
“You tahu sakit you aje..habis sakit I?”
“Let my hand go!!”
“No..until you explain all of this!!”
“Mahukah Nial dengar?? Nial tak pernah mahu dengar apa yang Aya nak cakap..jadi buat apa Aya nak cakap..fikirlah apa saje...asalkan Nial happy..dan sekiranya Nial nak ceraikan Aya pun aya terima..Aya..”
“what!!!siapa cakap I nak bercerai?? Siapa cakap!”tengkingnya lagi..
“Nial dah dengar kan..dari mulut Aya kan…so, Aya yang cakap tadi..Aya!
Aya dah tak nampak lagi macam mana kita boleh hidup bersama..Aya rasa kita lebih sesuai untuk jadi kawan daripada husband and wife!!”
“You jangan cuba nak sakitkan lagi hati I yang sememangnya dah sakit ni!!”
Dan dia memecut kereta entah ke mana.Aya semakin takut..Pertanyaannya pada Nial langsung tak terjawab kini..Baru Aya sedar..tindakannya yang melulu tadi telah membuatkan Nial semakin marah malah tidak mahu mendengar cakapnya lagi…

Bila Hati Berbicara 6

Kini sudah dua hari LD mendiamkan diri selepas menghantarku ke rumah sewa..Dia memang tidak hiraukan aku langsung sejak hari itu..Dalam hatiku terasa pedih sekali diperlakukan begini..Kalau dulu mesti tiap malam bergayut..Dan hatiku terasa kian hambar sekarang untuk memperjuangkan hubungan ini..Dan aku biarkan hari-hari berlalu seperti biasa.
2 minggu berlalu, dia juga senyap tanpa berita..dan teman serumahku pun tidak pertikaikan lagi kenapa aku sering lenyap dari rumah sekarang cuma mereka bising lihat aku yang asyik termenung.
**********************************

“Aya…jom kita keluar.Tak syok la aku tengok kau asyik termenung aje..mana Aya yang aku kenal dulu..you totally change my dear…and I miss the old Aya very..very much” sungguh-sungguh Atie menuturkan ayat itu sehingga aku begitu terharu dengan sikap prihatinya itu..
“Kenapa?Aku tak macam aku dulu ke??ye ek” macam dulu-dulu aku buat muka bodoh dan selamba..
“See..that Aya…”
“So..mana ada berubahnya..saje kau nak kelentong aku ek??” serkapku untuk menutup masalahku ini..
“Sekarang taklah sebab aku dah tanya..if I don’t ask you..you are not you anymore!!”
“Ye ke??” aku pura-pura tak tahu padahal aku tahu memang perubahan hidupku bagaikan sudah berpusing 360 darjah dari sudut asal.
“Actually, almost 100%..tell me Aya, what happen to you??” Memang Atie adalah rakan baikku yang sungguh akrab..malah bagaikan adik-beradik..tetapi kisah hidupku ini sukar untukku kongsi dengan orang lain..malah apa yang berlaku antara aku dan mama Nial pun masih tersimpan rapi dari sesiapa pun..mahu Nial, mama, papa..dan yang nyata hatiku sakit..”Dan aku hairan…kenapa kau selalu tenung cincin di jari kau..seingat aku..cincin tu tak pernah aku lihat sebelum ni kan”
Belum sempat aku berfikir alasan..dia sudah membuatkan aku berdebar separuh mati sehingga aku termenung renung cincin pun dia perasan..Seteruk itu dan begitu jelaskah perilakuku kini?...
“Tell me..you kena paksa bertunang????or..kau dah kahwin??” pertanyaanya itu membuatkan aku seakan ingin lari dari berdepan dengan Atie..tepat sekali tekaannya…Ternyata ajakannya tadi terus mati..

“Kenapa muka aku ni macam kena paksa ke???Kahwin…Ni bukan cerita dalam TV la Atie” aku pura-pura berjenaka..
“Taklah cincin tu kan..orang yang dah kahwin biasa pakai..cousin aku pun pakai waktu wedding dia hari tu..kot lah kau kahwin senyap-senyap”..’Aduh..kena lagi batang hidungku...takkanlah Atie ni tahu pulak??tak mungkin…’
“Kau ni..kalau bab imaginasi ke..bab mengarut boleh la bagi kat engkau..aku pakai ajelah..dah bendanya ada..aku hentam aje la..nanti membazir pulak..” padahal tuhan aje yang tahu bagaimana aku menutup gelora hatiku ini.
“Kalau macam tu…aku pinjam boleh??Cantiklah..aku nak action sikit depan orang lain” Umpannya itu membuatkan aku mati akal…Nak cari nahas..tahu kat LD niaya aku..lagipun kes aku lewat ari tu pun dia masih tak mahu maafkan..Tak pasal-pasal bertambah lagi masalah…
“Woi..kau ni…hampes betul..ingatkan kau betul-betul nak tahu masalah aku..rupanya nak pinjam cincin..sebab tu bodek ya…boleh blah..”gurauku ingin menutup terus cerita tadi.
“Ha..macam ni baru betul Aya…kerek betullah..punyalah susah..aku saje je serkap jarang..yelah..kau tu.naik tension saje orang menengoknya..”
“Ialah..ialah…aku tak buat lagi dah..boleh cik Atie sayang..jomlah keluar!!”
Aku menarik nafas lega..yang nyata rahsiaku masih rahsia hingga saat ini…
***********************
Memandangkan aku keluar berdua dengan Atie aku beranikan diri mendapatkan pendapat Atie…
“Atie…apa kau buat bila kena paksa kahwin..lepas tu tak ada restu keluarga?”
“Ini yang aku musykil ni..tadi aku tanya kau nafikan..last-last kau bagi balik soalan tu kat aku pulak!!”
“Alah..saje je aku tanya..ni pun sebab kau ungkitkan tadi..nak la jugak aku tahu apa kau buat?”
“Cerita hangat ni…tapi keadaan macam ni aku selalu lihat dah kat TV..kat novel lagi berlambak..baik kau tengok ending kat TV la..”
“Aku just nak tahu kau punya pendapat..mana tau lebih hebat dari ending drama…”
“Tell me what..ini masalah siapa sebenarnya..kau ya..”
“Aku kan suka tolong orang..jadi aku nak tahu la..”
“Siapa punya problem ni…Fifi..ke si Nial..” aduh..dua nama yang menyebabkan aku terperangkap kini dalam kisah hidup yang penuh dugaan..
“Alah..cakap jelah..banyak soal pulak..” rajukku..
“Em..kalau aku..kalau dua-dua orang saling mencintai walaupun ditentang keluarga aku akan teruskan jugak..”
“Maksud kau kahwin..macam mana kalau dua-dua tak menyintai+parents tak restu+tapi kena kahwin..”
“Kalau kes macam ni aku rasa baik tarik diri awal-awal..buat merana hidup aje..tapi mana ada orang kahwin dalam kes macam tu.”
“Ada..”
“Wait..siapa sebenarnya ni??Kau ke..kau pelik sekarang ni Aya..cakap betul-betul..kau dah kahwin ya!!”
“Kau ni…asal aku cerita mulalah cakap tu masalah aku..ni malas aku nak buka mulut ni..”
“Yalah..kau cerita tu macam lah masalah kau..tak payahlah kau buat baik kat orang lagi..buat seksa hidup kau je..” Memang hidupku terseksa sekarang..dengan masalah dengan Nial..mamanya usah dikata lagi..
“Saje je aku nak tahu..kalau benda-benda tu jadi kat kau macam mana kau buat…”
“Kelakarlah..minta-minta tak jadi lah kat aku..nanti jadi ratu airmatalah aku..tak sanggup…weh..weh Aya..mana kau beli cincin tu ek..honestly..cantik sangat..aku pun nak beli satu buat koleksi” melencong pulak soalan dia..
Dia masih ingat perihal cincin tu..ni tak boleh jadi ni..nahas aku nanti..
“Bukan aku belilah..mana lah aku tahu..”
“So..siapa bagi??” mahu kering darah aku hari ni dengar soalan-soalan dari Atie…
“Suami aku..puas hati??” dan Atie tergelak..nyata dia ingat aku bergurau..Baguslah..selamat lagi rahsia aku..

Bila Hati Berbicara 5

Lain pula majlis di rumah Nial…memang sederhana tetapi tetap meriah..Cuma suasana yang dingin antara mama Nial membuatkan Aya semakin gerun menjadi menantu ekspress keluarga itu..Memandangkan Nial adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini menyebabkan Aya semakin tertekan..Dari awal majlis sampailah selesai majlis sudah cukup menakutkan Aya dan ugutan mama Nial amat menyakitkan dan menggerunkan Aya untuk berada dalam keluarga ini.
“Aku tak akan dan tak pernah mengakui aku sudah ada menantu..jangan fikir kau akan hidup bahagia…” bisik mama Nial ketika menciumku di depan tetamu malam itu…
Hati Aya sudah nekad untuk memutuskan hubungan ini dengan segera tetapi pasti memakan masa..Malam itu..di rumah yang besar itu..Aya masih terkebil-kebil memikirkan nasibnya..matanya tidak sesekali mengantuk…Dipusing badannya mengadap Nial…Lena betul tidurnya…
‘Antara kita tak mungkin kekal Nial…memang tak akan..beza kita bagai langit dan bumi..betapa Aya usaha pun tak akan berjaya..Aya tak sekuat mana untuk melawan takdir..Andai suatu hari jodoh kita tiada..Aya harap Nial hidup bahagia…’ dan aku mengeluh tiba-tiba..Entah bila LD sudah terjaga dan merenungku lembut…Dan aku terperangkap di situ..
“Kenapa tak tidur lagi ni…” suaranya yang garau kerana bangun dari tidur cukup mengusik hatiku ini..Dan seperti biasa..irama jantungku bergetar kuat…Tangannya tiba-tiba memelukku menyebabkan aku mati tingkah..sama ada untuk menolak atau…Akhirnya aku mendiamkan diri sahaja..
“Kenapa ni sayang..abang buat salah ke??..” Itu pula yang ditanya..Entah kenapa..sejak kebelakangan ini aku rasa aku bagai mengenali LD yang baru..dia sentiasa berlembut denganku menyebabkan diri ini terasa bersalah.
“Tak ada apa-apa..tidurlah..dah lewat ni” kasihan pula LD kerana aku mengganggu lenanya waktu itu.
“Abang tak akan tidur selagi Aya tak terangkan apa masalah kali ni..tell me sayang..”
Begitu lama aku mengambil masa untuk menjawabnya tetapi dia setia menanti…matanya yang mengantuk itu sudah hilang begitu saja.
“Kenapa Nial macam tak kisah bila kita dikahwinkan..Aya hairan..”
“La…dapat kahwin siapa yang tak nak..” Itu pulak yang dijawab..
“Betul-betullah..” lalu aku meleraikan pelukannya…
“Aya..sudah dicatatkan jodoh abang dengan Aya..takkan abang nak salahkan takdir..tak berbaloi Aya..Lagipun abang gembira yang bersama abang pada waktu itu adalah Aya..kalau wanita yang tidak abang kenali lagi niaya..meranalah abang agaknya”
“Nial tak menyesal??”
Dan jawapannya malam itu amat mengejutkan aku..apa sebenar ni..Aku semakin keliru sama ada hendak meneruskan perkahwinan ini..Jujur aku katakan..aku menyayangi suamiku, namun aku rasakan jodoh antara kami berdua tak akan berkekalan..
…………………………………………………………….
Sudah sebulan aku menjadi isteri ekspress Nial@LD..namun ia sekadar di atas kertas sahaja..hubungan kami sebenarnya lebih kepada persahabatan selain berkongsi bilik yang sama..di hadapan ahli keluarga..kamilah pasangan bahagia namun hakikatnya…Hidupku bagai mimpi ngeri bila di rumah mertuaku…mama Nial selalu mencari silapku tidak kira di di hadapan adik-adik Nial dan orang lain tetapi tidak di hadapan papa dan Nial..Pandai mama berpura-pura, dan aku..bukanlah suka mengadu pada Nial dan orang lain termasuk pada mamaku sendiri..semuaku pendam di dalam hati..hanya Lia kembar Lila yang melayanku baik tetapi tidak pula Lila dan Lira..Entah apalah mereka seakan membenciku..
Dan bila semesta baru menjelma, aku seboleh mungkin mahu menjaga hubunganku ini dari pandangan kawan-kawan sekolej agar tidak terbocor..tetapi bagaimana mungkin aku menyimpannya sekian lama…Dan perangaiku yang berubah menjadi tanda tanya bagi teman serumahku terutama Atie dan Lily..
“Aya..we all pelik la dengan kau ni..sejak kembali lepas cuti ni..kau banyak memerap dalam bilik aje..tak pun keluar..dengan kita orang pun kau buat tak hirau..malah langsung tak ceria..kau ada masalah ke?”
“Ye ke aku macam tu…aku rasa macam biasa je??”
“kau tak payah tipu la..perangai kau kami dah masak dah…kau ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa la..”
“Kalau betul bak sini kau punya hp..aku hairan lah..sekarang ni pantang kau tinggalkan hp kau merata-rata..kami nak main game hp kau pun kedekut sekarang..”
“Mana ada..aku takut aku terlupa letak aje..”
“kalau macam tu bak sini kejap..”
“Er…sekarang tak boleh la..aku nak keluar kejap lagi”
“Aku ikut..kau ni sekarang nak keluar main redah aje..kalau dulu pantang kalau keluar sorang-sorang..”celah Atie…’Aduh..Atie nak ikut pulak..mati aku, habislah temberang aku pecah nanti..si LD ni pulak tak mahu mengalah langsung sekarang..nak pergi sini kena temankan nak pergi situ pun kena temankan…tak padan langsung pelajar tahun akhir..asyik nak enjoy aje’
“woi..aku nak ikut kau bukan aku suruh kau termenung..”
“Oklah..tapi kalau kau nak ikut sama aku tumpang kereta kau la..kalau tak aku naik bas”
‘Apa aku nak kelentong LD ni..mamat ni bukan senang nak terima alasan sekarang..’
Hendak ke tidak..aku kuatkan juga menekan nombornya..Hanya dua deringan saje telah diangkat..
“Hai sayang…dah siap ke?”
“Assalamualaikum Nial..”Ni satu perangai dia..bukan nak diberi salam..dan aku dengar ketawanya..
“Waalaikumussalam sayangku..ready to go..”
“Nial..em, Aya tak boleh keluarlah hari ni..kita pergi hujung minggu ni ya..please”
“Kenapa pulak tak boleh..semalam kan dah janji..” nampak gaya macam marah aje..mana taknye, aku selalu sangat mencari alasan..Dia ajak aku sewa kat rumah lain aku tak mahu..dia suruh temankan dia balik rumah mama dia pun baru sekali aku pergi..mana taknya, tiap hujung minggu dia ajak aku balik ke rumah mama dia..Macam mana aku nak cakap kat teman serumah aku..nanti bocor lah rahsiaku..lagipun..mama dia tu macam nak telan aje aku bila aku pergi sana..Dan banyak lagi sebabnya…
“Aya..are you still there..Nial tak kira..Nial tunggu kat tempat biasa, sampai Aya datang….” Dan talian diputuskan..Dan panggilanku selepas itu tidak dijawabnya…
2 jam sudah berlalu..aku dan Atie baru je pulang dari membeli belah..Sebenarnya aku seboleh mungkin nak cabut dan nasib menyebelahiku waktu itu bila Atie tiba-tiba teringat dia ada hal dengan boyfriend dia..aku apa lagi bersyukur…
Aku berkejar ke tempat aku selalu berjumpa Nial..dan keretanya masih ada di situ..Aku mengetuk pintu kereta dan masuk ke dalam keretanya…Dia hanya senyap tak bersuara..malah memejamkan matanya..Aku tahu..saat itu dia sedang mengawal marahnya padaku…
“Aya minta maaf..Aya tahu Nial marah, Aya cuba datang secepat mungkin tadi” lama dia begitu..tak mahu hiraukan aku