Wednesday, March 11, 2009

Bila Hati Berbicara 4

Bab 4
Malam pertamaku terlepas begitu saja bila aku sengaja tidur awal untuk mengelak saat itu..sedar-sedar pagi itu tangannya terlilit kemas di pinggangku..Aku ingat dia pun tak kisah hal tu…malah kami bercakap pun hanya bila perlu…Malah kami berdua bagaikan orang asing walaupun sudah kenal lama…Di depan orang lain kami berlagak mesra..aku tak sangka kami berdua ni boleh jadi pelakon professional sampai orang lain tidak terkesan jurang sebenar antara kami…Aku mengangkat tangannya perlahan-lahan tetapi tiba-tiba dia bergerak..mati terus tingkahku…’jangan bangun lagi..jangan..’ doaku dalam hati tetapi nasibku tidak sebaik malam tadi..
“Morning sayang…” dekat sungguh ucapnya ditelingaku…darah gemuruhku dah naik balik..jantungku dah buah muzik rock lagaknya…Aku senyap saje..tak terkeluar suaraku..
“pukul berapa ni sayang..dah subuh ke??”
‘adoi..sayang lagi.’
“Em..bangunlah” namun LD ni masih tak berganjak sedikit pun..aku cuba mengangkat tangannya lagi tapi dia mengemaskan lagi pelukannya..
“Give me 10 minutes sayang..” bagai terpukau aku dengan nada suaranya yang lembut..
“Are you happy sayang..”
Aku hanya senyap tak terkata..gembirakah aku? Kalau dulu memang aku pernah berangan berkahwin dengan seorang lelaki yang aku cintai..tetapi dengan perkahwinan begini..bahagiakah aku? Sebenarnya aku lebih takut..dengan jurang kami yang berbeza..mamanya yang nyata tidak dapat menerimaku sebagai menantu dan Fifi..ya Fifi..macam mana dengan kawanku itu…Tanpa aku sedari aku mengeluh..
“Kenapa ni??” Nyata keluhanku dan kebisuanku membuatkan LD mengalah..
“Ok..sayang mandi dulu..lepas tu turn abang pulak..” tangannya sudah dilepaskan dari pinggangku dan aku lantas bangun..
LD sekadar melihat Aya memasuki bilik mandi..Nyata dia belum betul-betul mengenali Suraya Hanni..nyata tingkahnya sudah jauh berbeza..kalau dulu gadis itu tak jemu-jemu memberi nasihat dan akan menceriakan harinya jika dia bermasalah dengan Fifi..tetapi kebisuan Aya menyebabkan hatinya pedih..Ya..dia sedar, hatinya lebih gembira bersama Aya daripada Fifi.. kadang-kadang dia menyesal kenapa dia tidak bertemu dengan Aya dulu berbanding Fifi..
Aya keluar dari bilik mandi dengan pakaian lengkap dan melepaskan rambutnya yang panjang mengurai..Inilah pertama kali LD melihat rambut Aya terlepas bebas begitu..biasanya gadis itu lebih suka bertoncang dan menyanggul rambutnya yang panjang itu..Ayunya dia..
“Pergilah mandi..” tegur Aya bila perasan dari tadi lagi LD melihatnya..
Lantas LD bangun dan dengan selamba membuang bajunya dan spontan Aya berpaling kearah lain..LD tersenyum melihat tingkah isterinya itu..
“Sayang…ambilkan tuala abang..” pinta LD manja…Cepat aje Aya mengambilnya…
“Tunggu abang ya..kita solat sama-sama” lantas LD menuju ke bilik mandi..
Aya amat bersyukur..rupanya didikan agama LD sungguh lengkap..tenang aje dia mendengar alunan suara suaminya membaca ayat-ayat suci..Selesai solat..dia berpusing ke belakang dan menghulurkan tangan..dengan teragak-agak Aya menciumnya..terasa damai..dan bila dia mengangkat kepala, suaminya mengucup dahinya lembut..
Baru saja aku ingin melangkah keluar bilik..LD memanggilnya lembut..
“Come here sayang…we need to talk..” dia menepuk-nepuk katil di sebelahnya menyuruh Aya duduk di situ..Namun Aya hanya kaku di situ..
“Sini..abang tak buat apa-apa.. promise…” tangannya terangkat…Reaksinya itu membuat senyum nipis terukir di bibir Aya…Cantiknya dia..
Lambat-lambat Aya melangkah dan duduk sedikit jarak dari LD…
“Kenapa jauh sangat..abang tak makan lah..”
“You nak cakap apa??” LD masih membisu tetapi tangannya pula yang memainkan peranan..dibelainya rambut Aya..menyebabkan Aya terasa panas di mukanya..
“Abang cuma mahukan Aya abang yang dulu…yang ceria..yang happy..kenapa Aya pulaukan abang…salah ke abang mengahwini Aya” Aku hanya menunduk memandang permaidani bilik…
“Ya..salah…dengan perkahwinan kita yang ekspress ni..macam mana Aya nak gembira…keluarga Aya, walaupun nampak gembira..tetapi hakikatnya Aya dah conteng arang pada muka mereka…sama juga keluarga you Nial..I tahu semua ni berlaku sebab peristiwa tu..dan macam mana dengan Fifi..”
“Mungkin telah ditetapkan jodoh kita berdua Aya..redhalah..abang janji abang akan jaga Aya..Cuma abang harap Aya terima takdir ini..abang cuba sesuaikan diri dengan keluarga Aya dan abang harap Aya pun begitu..”
“Tapi…” belum aku sebut pun alasanku bibirku ditekup dengan tangannya..
“Sekurang-kurangnya Aya cuba..Abang tahu Aya seorang anak yang baik dan boleh menjadi isteri yang baik..Cuma abang minta Aya cuba…Abang janji kalau lepas Aya mencuba tetapi tak dapat juga..kita bincang balik..ok..” pintanya…Lama aku berfikir…
“Aya cuba..tapi..tapi…” Aku berdebar..aku takut permintaanku ini akan membuat dia naik angin..Dia merenungku meminta aku habiskan ayat…
“Aya harap…Aya harap…selagi Aya belum dapat terima kenyataan ni…Aya harap Nial tak minta hak Nial sebagai suami..” Nyata dia terkejut bila aku menafikan haknya sebagai suami.
“Dan Aya harap perkahwinan kita dirahsiakan dari kawan-kawan sekolej kita..” kalau tadi dia terkejut..sekarang dia bangun dan berjalan mundar mandir di depanku…Seakan berat saja permintaanku baginya..Lama dia begitu..
“Ok..buat masa sekarang abang terima..tetapi not for long time..” tegasnya..Mendengar jawapannya itu spontan aku bangun dan memeluknya..nyaris saja aku mencium pipinya..namun tingkahku terhenti bila aku teringat dengan siapa aku sebenarnya..kalau dulu dengan papa, mama dan along memang tingkahku begitu..Lantas aku melepaskannya…Dan dia ketawa melihat aksi kalutku…
“Tak salahkan kalau Aya nak peluk ke atau cium abang..abang lagi suka”bisiknya di telingaku lantas menghadiahkan ciuman di dahiku membuatkan aku termalu sendiri…Lantas aku mengelak..
“Aya turun dulu…” cepat saje aku melangkah keluar..’Adoi..kenapalah aku pegi peluk dia..buat malu aje..’ Aku menampar perlahan dahiku kerana terlalu malu…
“Kenapa Aya..sakit kepala ke” tanya mama kerana aku belum berhenti menampar dahiku..
“Taklah mama…saje” sengihku..
“Hah..pegi ajak Danial makan..papa dah tunggu tu..”
‘Adoi..kena pegi jemput ke…Si LD ni satu kenapa la tak turun-turun lagi ni..’ Aku merenung pintu bilik di tingkat atas…
“Hah..mama suruh panggil suami kamu..bukan suruh kamu tengok tingkat atas tu..cepat sikit..dah kahwin pun perangai tak berubah-ubah..”
Aku menuju ke tingkat atas..belum sempat aku buka pintu bilik..ia dibuka dari dalam..kerana tarikan terlalu kuat dengan aku sekali tertarik ke dalam..apa lagi buat drama free pula bila aku jatuh terhempap di atas badannya..Aku kelu seketika…
“Non..kenapa kamu berdua..” suara bibik yang kuat itu menyebabkan seluruh rumah senyap…
“Kenapa bik..”tanya mama dari bawah…
“Bibik..syu…” lantas aku letak tangan di bibirku..nanti tak pasal-pasal heboh satu rumah..tetapi bibik sudah terlepas mulut..habis satu rumah gelakkan kami…

Bila Hati Berbicara 3

Bab 3

“You nak bawa I ke mana ni..dah lewat malam dah ni..”aku bertanya namun dibalas dengan senyuman sinis..Hendak aje aku terjun dari kereta ni..Lama baru dia menjawab..
“Tau pun dah lewat malam..habis tu kenapa tak tunjuk muka awal-awal..I waited for you about 3 hours..3 hours you know??”
”Kan I dah cakap I tak nak keluar malam..yang you datang jugak kenapa..Fifi kan ada..ajaklah dia..”
”Tak nak keluar malam..habis tu tadi ke mana..beside, I tak mahu keluar dengan Fifi..I want you”
’Hah..ikut suka orang lah nak keluar ke tak nak..buat-buat tak faham pulak…’
”Lagipun I ngan Fifi dah lama putus..over..titik..” Aku terkejut..habis tu yang dia mengekor aku apa pasal pulak..Patut la mamat ni pelik semacam aje…Dia memberhentikan kereta di kawasan taman..entah di mana..tetapi di situ kelihatan ada couple-couple lain yang bermesra..
”Er..er..sejak bila you putus dengan Fifi..kenapa tak cakap..” aku rasa bersalah pulak sebab mungkin kerana aku tarik diri jadi orang tengah yang menyebabkan hubungan mereka berantakan…
”Did you care..kan dulu you jugak yang kata tak mahu jaga tepi kain orang..” Kan dah kena..padan muka..tanya lagi..apa lah nasib kau Aya oooii…Tiba-tiba dia membuka butang baju kemejanya sambil mengibas-ngibaskan badan…’Eeii..mamat ni..apahal pulak..air cond dah pasang tahap maximum..panas lagi..aku ni dah sejuk sangat ni..’
”I tak sihat sebenarnya..” lantas dia ambil tanganku dan diletakkan di dahinya membuatkan aku sedikit rapat dengan dan tiba-tiba..kami diserbu..
“Anda berdua ditangkap khalwat..” Aku kaku…tidak tahu nak buat apa…ditangkap khalwat..macam mana ni..
”Encik..kami tak buat apa-apa..dia..dia tak sihat..”kataku dalam nada bergetar..
”Betul Encik..kami..” belum sempat LD habiskan ayat sudah disergah seorang lelaki..
”Memanglah semua tak ngaku..itu dah biasa kami dengar..dah..ikut kami ke balai..sekarang jugak…Dah tahu tak sihat..tempatnya di sini ke??”Di kepalaku terlintas kelibat papa, mama ngan along..Mesti mereka kecewa..air mataku sudah mengalir dari perjalanan hingga ke balai..di sana satu pasangan demi satu pasangan di soal…Tiba giliran kami, mereka meminta IC dan bertanya seakan-akan kami ni tak ada perasaan..ditengking-tengkingnya kami..tidak lama kemudian kecoh lagi bila mama dan papa LD datang..baru aku tahu waktu itu LD keturunan kerabat…Tengku Lukman Danial Tengku Lutfi..air mataku mengalir lagi..’mama..mama..’jeritku dalam hati..
”Apa Nial buat ni..saje nak malukan mama ngan papa ye..mana perempuan gatal tu mana..”marah betul mama LD waktu tu..hendak diterkamnya aku waktu tu..kalau tak dihalang papa LD ngan LD, dah lama agaknya mukaku jadi mangsa tamparan..
”Aya..tak salah ma…Nial yang paksa dia keluar..”rayu LD..
”Kalau dia tak ikut benda ni tak jadi..perempuan tak sedar diri..berambus..” Air mataku mengalir lagi..Entah kenapa selepas itu pandanganku kabur..dan kabur…
Sedar-sedar pagi itu..aku berada di tempat yang asing…Kat mana aku ni..aku cuba ingat apa yang terjadi…’kena tangkap basah..’ ayat amat yang digeruni oleh aku selama ini…Tiba-tiba pintu dibuka dari luar..berpeluh dahiku.. terjengul kepala mama di situ..
“Mama..mama..Yaya tak salah mama…Yaya tak salah..” tangisku, dan aku sudah berada di pelukannya..
”Mama tahu sayang..tapi pada pandangan orang lain..itu semua salah..Yaya kena terima hakikat ni..lagipun papa Nial dan papa dah setuju nak kahwinkan kamu berdua secepat mungkin..” Terasa beban di kepalaku..beginikah nasibku kerana mencintai lelaki yang bukan milikku..tidak..tidak…
”Tapi mama..kami tak salah..tak buat apa-apa pun ma…Yaya tak nak..tak nak..please mama..please..”rayuku…
”Mama rayu Yaya..jangan naikkan darah papa..lagipun nanti apa kita nak jawab bila hal ni heboh kat suratkhabar dan mahkamah..Yaya nak malukan keluarga kita..gitu?”tanya mama..Apa dayaku nak membantah lagi..demi maruah keluarga..
Akhirnya kami dikahwinkan jugak walaupun ada hati yang tidak rela..yang jelas di mataku terlihat ketidakpuasan di mata mama Nial..Adakah nasibku akan seindah orang lain..tiba-tiba duniaku yang indah dan bebas sudah terikat dengan suatu ikatan pernikahan..Tengku Lukman Danial dan Suraya Hanni…Majlis kahwin kami hanya disediakan untuk kelurga terdekat..banyak juga desas-desus yang kurang enak terdengar di telinga kami kerana tiba-tiba kami berkahwin..berita ditangkap khalwat itu pula dapat ditutup dengan kemas oleh papa Nial dengan pengaruhnya..Mujurlah waktu perkara ini terjadi aku bersiap sedia untuk cuti semester..kalau tidak memang kecoh bila jari aku berinai merah…Memang teman-temanku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku..tetapi tidak bagi teman-teman LD..mereka memang tahu aku sudah bergelar isteri kepada LD..Aku melihat diriku di cermin…baju akad nikahku 2 jam lepas masih tersarung elok di badanku..Sedih hatiku ini..Aku lantas menukarnya dan memakai baju kurung yang disediakan khas untukku pada hari ini..Aku menunaikan solat Asar dan baru sahaja aku menyidai telekung sembahyang..tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar..LD masuk dan kami bertentangan mata..sejak aku bertengkar dengannya sebelum kami dikahwinkan memang aku tak berjumpa terus dengannya..sakit hatiku..Lantas aku turun tanpa pamitan..bagaimanalah aku nak hidup dengannya…Dulu..aku pernah berangan tetapi untuk hidup bersamanya adalah jauh sama sekali..Aku mengeluh..kelihatan mama dan saudara mara kami becok berbicara..
“Hah..pengantin baru…cik abangnya mana?”sakat maksu ku tanpa menyedari keperitan hatiku…
“Tengah solat..”balasku sambil tersenyum menutup luka di hati…
…………………………………………