Monday, July 6, 2009

Bila Hati Berbicara 18

Nyata percutianku kali ini meyebabkan ruang hatiku terbuka untuk Nial, tetapi aku tiada keyakinan untuk kembali bersamanya…Mungkin fobia..atau erti kata lain trauma..
********************************
Dari jauh seorang wanita separuh umur sedang merenung tingkah laku anak-anak mereka. Semuanya ada kecuali anak sulungnya…Nial. Anaknya itu sudah tidak betah untuk berlama-lama di rumah ini sejak dia sihat dari kejadian dulu. Sekali-sekala dia tertanya, adakah temberangnya sudah pecah? Angkara yang sengaja dirancangkan semata-mata untuk memisahkan Nial..Tiba-tiba kelibat anaknya itu muncul . Tersenyum wanita itu.
“Abang long…lama tak nampak? Tidur sini ke malam ni” tanya Lia. Sedangkan dia tahu, abangnya yang satu ini tak mahu lagi berada dalam rumah ini kalau boleh..Tetapi tanggungjawab sebagai abang sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga selalu mengikat abangnya itu.
“Tak..abang singgah kejap aje..Mama ada?”
“Ada..kat atas. Mama tu selalu rungsingkan abang long..selalu hilang tiap hujung minggu..susah betul nak nampak batang hidung sekarang”
“Abang busy la..Lia kan tahu kerja kat pejabat tu menimbun..Lainlah kalau Lia nak gantikan tempat abang” Selindung Nial,tidak mahu orang lain menghidu aktivitinya sekarang. Kalau dulu dia tidak butakan mata hatinya, tentu sekarang dia bahagia dengan anak isteri..Entah-entah sudah 2-3 orang anak agaknya.
“Alah..terima kasihlah..Lia tak minat pun..sakitkan kepala aje”
“So..jangan banyak komen..nanti abang pujuk papa suruh Lia ambil alih company baru padan muka..”
“Uhu..sorry..cukuplah abang dengan Lila yang kerja kat company tu..Lia sorry” Kadang-kadang Nial terasa cemburu dengan adiknya seorang ni..Pendiriannya tegas..pantang orang menghalang niatnya..Akhirnya apa yang Lia kejarkan dapat dia penuhi..
“Ok lah..abang nak tengok mama jap”
“Ok..”
Lalu langkah kaki menuju kamar mama, namun mama sudah menuruni tangga seakan tahu kehadiran Nial saat itu.
“Mama sihat?” tanya Nial bila dikucup tangan mamanya itu.
“Sihat..” Itulah satu-satunya ayat yang biasa terkeluar dari mulut Nial..Dan selepas itu mulutnya seperti berat untuk berkata-kata. Hanya menjawap apa yang ditanya oleh mamanya.
“Kenapa Nial sudah lain sekarang…batang hidung tu susah sangat nak nampak sekarang?”
“Tak ada apa-apa la ma..Banyak kerja kat pejabat tu..projek baru masuk”
“Takkan lah sampai tak sempat nak jengah mama..datang pun kejap aje..nak tidur sini lagi susah..Sampai tak sempat nak borak dengan mama, papa dengan adik-beradik.”
Nial senyap..tidak mahu menjawap pertanyaan mama..Dengan kata lain dia takut akan keceluparan mulutnya akan membuatkan mama terasa..Tidak mahu menjadi anak derhaka!!
“Nial masih ingatkan perempuan tu kan..Nial masih cari dia ke?? Nial sanggup buang keluarga demi perempuan yang tak pandai jaga rumahtangga dan tak pandai jaga hati mertua..gitu?”
“Mama please..”
“Apa perempuan tu buat kat Nial sampai Nial berubah begini sekali..sampai tak ingatkan keluarga?”
Itulah perkara yang membuatkan Nial malas berlama di rumah mama. Mamanya akan mengamuk..Semuanya berpunca apabila Nial terdengar rahsia yang sebenar angkara mamanya..Sejak hari tu Nial berubah..tidak boleh melayan mamanya seperti sebelum ini kerana dia terlalu sedih dengan perbuatan mama..Namun dipendamkan di dalam dirinya kerana mama itu adalah mama..Ibu yang melahirkannya ke dunia ini…Tapi sekarang..Nial sudah tak tertahan lagi bila Aya yang menjadi mangsa..Semua tuduhan dilemparkan pada Aya..
“Mama..cukuplah!! Kalau mama masih nak burukkan Aya, Nial tak boleh terima..lagi tak boleh Nial lakukan kalau mama suruh Nial lupakan Aya..Kalau mama masih paksa Nial luputkan Aya dalam hidup Nial..mama tak akan nampak lagi muka Nial dalam rumah ni”
Sebenarnya Nial tak terniat pun untuk mengeluarkan ayat sebegitu pada mamanya..tetapi apabila tahap kesabaran Nial sudah tiada..semuanya bagaikan air yang keluar dari mulutnya.
“Nial pergi dulu ma..Assalamualaikum”
Tak lama selepas itu terdengar bunyi enjin kereta..makin lama makin jauh..
‘Salahkah mama ? Kejamkah mama pada Nial?’ Sesekali timbul rasa menyesal dalam dirinya di atas perbuatannya itu..tetapi oleh kerana Nial satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga menyebabkan dia mengongkong anaknya itu.

Pertegangan kata antara mama dengan Nial menyebabkan Nial tertekan. Bukan apa, Nial takut rahsianya bahawa dia sudah bertemu dengan Aya akan sampai ke telinga mamanya. Nial tahu lambat laun, rahsianya ini akan terbongkar juga, namun buat masa sekarang, ia akan mengundang reaksi negatif. Di waktu Nial baru sahaja ingin membaiki hubungannya dengan Aya. Di mana saat penentu hubungannya dengan Aya. Bukan Nial tidak tahu, ada lelaki lain yang menanti Aya. Nial cemburu, tambahan Aya sekarang makin cantik walaupun sudah bergelar ibu..

Laju saje kereta Nial menuju ke rumah Aya. Namun malang tidak berbau, tiba-tiba saje sebuah kereta memotong secara tiba-tiba menyebabkan Nial hilang kawalan.
Hati Aya dari tadi terasa tidak senang…Perasaan yang Aya rasa adalah sama seperti perasaan yang meragut seluruh anggota keluarganya dulu..Petanda apakah ini?
“Mama!! Telefon mama berbunyi!!” Jerit Ain dari jauh sementara Awish terkedet-kedet membawa telefon bimbit padaku..Awish memang pantang kalau handphoneku berbunyi..
“Terima kasih sayang” aku mencium Awish yang ketika itu duduk diribaanku.
“Hello..”jawabku malas kerana tahu panggilan itu dari Nial.
“Hello..boleh saya tahu siapa di sana?” Aku pelik…bukan suara Nial..Kulihat kembali skrin telefonku..betul memang no. Nial..tetapi siapa yang memanggilku ini?
“Ni siapa” tanyaku lagi tanpa menjawab pertanyaan si pemanggil tadi.
“Oo..saya dari hospital. Empunya telefon ni terlibat dalam kemalangan..Jadi saya mencari waris terdekat pada mangsa”
“Sa..sa..saya isteri dia”
Selepas perbualan ditamatkan..jatuh berderai telefon bimbitku..Air mata usah dikata lagi, sudah tak terkawal ia keluar..terasa sesak nafasku ini dan gelap gelita hidupku saat itu.
Aku meninggalkan anak-anakku pada pengasuh mereka dan aku mendapatkan teksi kerana sudah tak terdaya untuk aku memandu sendirian..