Monday, June 29, 2009

Bila Hati Berbicara 17

Entah kenapa..malam ini aku dapat rasakan hidupku indah dengan kehadiran Nial untuk melayan kerenah anak-anak. Dapat aku saksikan kebahagian anak-anakku..tetapi mana mungkin hatiku menerima kehadirannya sebegitu sahaja bila pahitnya lebih banyak daripada manis. Mungkin hati perempuan lain, akan mudah dipujuk rayu..tetapi diriku kini terasa keras sekali. Mungkin kerana kesakitan yang aku alami dulu sudah melebihi hadnya sehingga bahagia yang ada di depanku begitu susah untukku terima seadanya.

Akibat keletihan yang amat sangat, Ain dan Awish tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah. Yang tinggal hanya kesepian yang melanda antara diriku dengan Nial.
“Aya cuti sampai bila”
Aku kalih pandangan untuk melihat mukanya..Bila saje dia membalas pandanganku, aku lantas melarikan pandangan.
“Sampai hari selasa”
“Balik ke sana pun hari selasa?”
“Tak tentu lagi”
Apa yang ditanya, itulah yang aku jawab. Seakan terpaksa. Akhirnya aku terdengar keluhan di mulutnya.
Sehingga sampai di rumah, dia hanya membisu. Agaknya terasa hati dengan diriku ini. Merajuk? Biarkanlah dia.
Tanpa aku suruh, diangkatnya Ain dan kemudian Awish..Dulu-dulu lagi dia melarang aku mengangkat anak-anak. Katanya, Awish dan Ain sudah terlalu berat untukku angkat sedangkan aku bertubuh kecil. Nial tak sedar bahawa selama ini aku sudah biasa..Tetapi malas aku nak bertekak dengannya di malam hari begini.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Nial pula tidak ada langsung menunjukkan dia akan meninggalkan rumah ni…Takkan dia pun nak bermalam di sini..Nak disuruh balik..tak sampai hati.Dari tadi Aya lihat Nial begitu asyik menonton TV di ruang tamu..Siap posing maut lagi..mentang-mentanglah minat bola.
“Awak tak mahu ba..” Belum sempat aku habiskan ayat, timbul rasa simpatiku pada Nial saat itu… Aku ingatkan dia sedang menonton TV, rupa-rupanya TV yang tonton dia. Lena terus!! Letih sangat agaknya…
Lantas tanganku ini ringan sahaja mengambil selimut dan menyelimuti Nial yang terlena di atas sofa waktu itu.
‘Dah kira baik aku biarkan dia tidur di situ..’
Aya menghayunkan kaki menuju ke bilik tidur sementara Nial mengukirkan senyuman dalam diam. Pura-pura dia tertidur tadi. Sekeras-keras Aya, ada sifat baik hatinya lagi..Itulah yang Nial fahami tentang tingkah laku Aya baru-baru ini.Di depan sahaja dia melenting bagai nak rak..tetapi kalau dibuat-buat tidur macam ni, tak akan sampai hatinya Aya mahu menghalau…malah bicara Aya makin lembut bila melihat Nial keletihan tadi. Memang betul pun Nial keletihan petang tadi, namun untuk anak dan isteri tercinta dia rela lakukan apa sahaja untuk menebus dosa-dosa lalu…
Akhirnya Nial terlena dalam memikirkan penyelesaian kemelut hidupnya itu.
Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh, Nial menyambung tidurnya. Dari jauh Aya merenung Nial yang sedang lena diulit mimpi barangkali. Hendak diturutkan hati supaya melihat Nial dari jarak yang dekat, Aya takut Nial akan tersedar. Entah kenapa sejak beberapa hari ini, hatinya lembut bila melihat Nial yang begitu nekad untuk kembali hidup seperti dulu. Kalau dulu hati Aya boleh dikeraskan dek kenangan pahit hidupnya. Namun sekarang, bila anak-anak nyata dapat menerima Nial seadanya malah amat menyayangi Nial menyebabkan hatiku pasrah dengan kehendak anak-anak. Kadangkala kita tidak boleh memikirkan kepentingan sendiri semata-mata walhal ada insan lain yang merana. Tapi hakikat sebenar pada waktu ini adalah perasaan takut masih tebal dalam diriku ini untuk menentang keluarga Nial…Kalau setakat diriku sendiri, aku dapat atasinya..tetapi bila dalam percaturan ini melibatkan Awish…perasaan takut tidak dapat aku hindari…
Takut Nial tersedar dengan tingkahku ini..aku melangkah kaki ke dapur untuk siapkan sarapan pagi untuk anak-anak..Entah bila Nial sudah terpacak di tepiku tanpa aku sedar..Tiba-tiba Nial mengucup pipiku membuatkan aku tersentak.
“Good morning sayang…Jauhnya termenung”
Tindakan drastiknya itu membuatkan aku kelu. Tapi aneh, Aya langsung tidak terasa ingin memarahi Nial..
“Masih khayal lagi ya!!” Nial mengusap pipiku lembut membuatkan hati Aya yang selama ini sudah lama hilang debar itu berdebar dan terasa macam ingin tercabut jantung ini pada saat itu.
Nial tersenyum lebar melihat telatah isterinya saat itu. Tadi dia mengambil langkah berani mati dengan mengucup Aya. Nial tahu, kalau silap haribulan Aya akan melenting terus..Namun reaksi Aya yang kebingungan itu membuatkan hatinya digeletek gembira dan bahagia.
“Fikirkan apa ni?”
“Tak ada apa-apa”
Nial malas untuk mengganggu mood Aya dengan mengungkitkan apa yang difikirkan Aya. Mungkin teringatkan kenangan lepas. Kalau betul, nanti tak pasal-pasal akan mencetuskan amarah Aya..Baik Nial tidak memaksa..lagi selamat.
“Masak apa?”
“Mee hoon goreng dengan karipap segera aje”
“Mmm…bau macam sedap. Dah lama abang tak rasa masakan Aya”
Lantas jari Nial cepat saje mencubit mee hoon yang disendukkan Aya ke beks hidangan..dan secepat kilat saje tangan Aya mencubit Nial.
“Owh..sakitlah sayang..Pagi-pagi dah kena dera dengan isteri”
“Tak senonohlah awak ni. Kalau ya pun lapar..duduk la dulu..nanti saya sendukkan”
Walaupun dimarah begitu, Nial terasa ingin meloncat kegembiraan. Mana tak nya..Tiada lagi marah benci..Cuma marah-marah sayang. Nial berharap sangat keadaan harmoni sebegini selama hayat hidupnya. Tanpa Aya, hidup Nial selama ini begitu sukar sekali. Ditambah lagi selepas Nial tahu bahawa dia sudah ada anak. Tidak akan Nial persiakan peluang yang Aya berikan ini.
“Marah ke?” Akibat terlalu melayan fikiran, Nial membuatkan Aya serba salah
“Lapar sangat ke?” Tambah Aya bila melihat Nial masih berdiam diri.
‘Aduhai sayang…Aya tak tahu betapa gembiranya abang melihat Aya menerima abang kembali’
“Taklah..abang fikirkan sesuatu tadi”
“Oh…kalau Nial nak makan, duduklah..nanti Aya siapkan airnya”
Setelah dihidangkan makanan untuk Nial..Aya segera ingin meninggalkan Nial makan sendirian..Sebenarnya, Aya sudah tidak betah berdua-duaan dengan Nial sejak perasaan pelik ini hadir kembali dalam dirinya.
“Aya tak makan sama?”
“Makanlah dulu..Aya nak tengok Awish dan Ain..nanti mereka pelik pula bila bangun berada kat tempat asing”
“Kalau macam tu, kita makan nantilah…Kita tunggu anak-anak kita bangun”
Cepat saje Nial menyaingi langkah Aya. Sementara Aya makin tidak keruan.Nak ditegah, memang tak ada salahnya pun Nial masuk ke biliknya…Doa Aya dalam hati semoga anak-anaknya sudah bangun, nanti tidaklah dia jadi kera sumbang di hadapan Nial…Aneh!! Perasaan marahku pada Nial seakan sudah hilang terus dalam diriku dan yang tinggal perasaan sayang dan cinta padanya yang kian timbul dan ia semakin utuh dari hari ke hari. Malah perasaan ini lebih kuat berbanding dulu!!
Secara jujurnya, aku amat takut dengan perasaan yang wujud ini. Sesampainya aku di bilik, aku lihat anak-anakku terkebil-kebil di atas katil..Mana tidaknya, mereka membesar di bilik yang lain dan tak pernah sekalipun berkunjung ke sini.
“Anak mama dah bangun..” Aku mendapatkan mereka..Sementara Nial memerhatikan dari jauh telatah Aya dan anak-anaknya..Bahagia terbit di hati.
“Papa pun ada kat sini hari ni” jerit Awish.
“Ya sayang…kan hari ni hari cuti” didukung anaknya itu sementara Aya memeluk Ain.
“Jom pergi mandi..nanti kita makan” ajakku..
“Awish nak mandi dengan papa!!”
Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut Awish..Nial tersenyum sumbing..Mana tidaknya, belum pernah dalam hidupnya memandikan budak-budak..Aya merenung Nial yang kehilangan kata itu.
“Papa dah mandi tadi sayang..jom mama mandikan”
“Alah…mama pun dah mandi..Nape papa tak boleh pulak??” Pegangan Awish makin erat di leher Nial..Baru Nial tahu anaknya rupanya degil..sama macam Nial juga.
“Tak apalah…biar abang mandikan anak-anak. Jom kita mandi”
Terus mereka menjerit gembira. Aku membiarkan Nial memandikan mereka.
Sudah berapa kali mataku mengerling jam di dinding..Yang membuatkan aku bimbang, sudah lebih sejam mereka dalam bilik air. Masih tak siap-siap lagi. Dan aku tidak boleh menunggu lagi. Bila saje aku membuka pintu bilik air, betapa terkejutnya aku saat itu.
Anak dengan papanya pun sama..Berendam dalam tab mandi, bermandi sabun.
“Tak siap lagi ke? Tak sejuk?”
“Mama…” teriak anak-anakku dan Nial hanya tersenyum…
“Jomlah mandi mama..” ajak Ain tiba-tiba..
“Dah..cukup!!Cepat keluar dari situ sebelum mama marah”
“Ala mama ni..tak best la..papa!!” Ain meminta tolong.
“Dahlah…jom kita makan pula..mama dah masak best!!Lepas makan papa bawa jalan-jalan”
“Yea..” dua-dua anak-anakku menjerit riang…
‘Nial ni memang pandai mengumpan anak-anakku..ada sahaja rencananya yang secara langsung melibatkan aku..
Makan pagi itu di meriahkan gelak ketawa Ain dan Awish..

Tuesday, June 23, 2009

Bila Hati Berbicara 16

Akhirnya rumah yang kutinggalkan dahulu kujejaki..tinggalan keluargaku yang kubiarkan sepi dahulu. Nyata mak su menjaganya dengan kemas sekali. Malah rapi tanpa habuk sedikit pun. Dan yang peliknya, keadaan di dalam rumah pada ketika ini dihuni oleh seseorang…Takkan penceroboh pula? Sedikit rasa takut mula terbit di dalam diriku…Siapa? Bayangkan..peti sejuk mempunyai banyak makanan segera dan paket sejuk beku walaupun tiada sesiapa pun dalam rumah pada saat ini…Agaknya mak su selalu singgah..pujukku di dalam hati.
Aku menemui mak su dan nyata sekembaliku di sini membuatkan riak terkejut jelas kelihatan di mukanya..bayangkan sajelah..bersamaku saat itu dua kanak-kanak kecil yang menimbulkan seribu pertanyaan di benaknya..Berdosanya aku menyembunyikan hakikat wujudnya anakku pada pandangan keluarga..tapi apa dayaku. Pusara mama, papa dan along kukunjungi dan aku amat terkejut kerana ia amat terjaga sekali tanpa rumput liar yang tumbuh di sekitarnya walaupun sudah lama aku tinggalkan..
Rupanya ia dibersihkan oleh mak su sekeluarga dan yang mengejutkan aku..Nial turut membersihkannya..Nial?? Dan yang menginap di rumah tinggalan papa dan mama juga adalah Nial..Apa lagi lelaki ini mahukan.Bersungguhkan dia dalam mendapatkan diriku kembali?
Sekembaliku di sini juga merungkai kembali sejarah hidupku bila aku bertembung dengan kawan baikku dulu..Dulu..
Nyata Lily terkejut dengan kebenaran tentang hidupku..Itupun kerana Nial..Diceritakan apa yang terjadi antaraku dan dirinya. Itupun kerana di waktu itu Nial mencariku saat aku hilang dulu..Malah Lily dah tahu pucuk pangkal sengketa antaraku, Nial dan Fifi dahulu.Malah banyak kali dia memohon maaf..Dan aku bukanlah seorang yang pendendam..Cukuplah kehilangan yang aku rasakan selama ini..
Memang ku ingin lupakan segalanya..tetapi hatiku masih teramat keras untuk memaafkan Nial..

Malam itu, ketika aku masih berada di rumah tinggalan keluargaku, Nial tiba-tiba muncul di situ. Riak terkejut memang jelas di wajahnya..nampak sangat dia tidak tahu kedatanganku di sini..
“Aya buat apa kat sini..kenapa tak cakap kat abang Aya nak balik sini?”
‘Patutnya aku yang tanya kenapa dia ke sini..lagaknya macam aku la pulak yang balik ke rumah dia’.
“Sejak bila saya kena cakap kat awak ke mana saya nak pergi..lagipun ni rumah saya..sejak bila pula rumah ni jadi rumah awak?”
‘Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sekasar ini pada seorang insan yang masih bergelar suami’
“Em..abang lupa sini rumah Aya…tak apalah, abang balik dulu”
‘Aku merasa bersalah pula kerana keceluparan mulutku ini…Jelas sekali riak kecewa di mukanya..tambahan pula Nial kelihatan keletihan..baru habis kerja barangkali..Sejahat-jahat diriku ini, tak sampai hati membiarkan dia berlalu dalam keadaan begitu..’
“Aya minta maaf..Aya tak sengaja..masuklah dulu..mesti Nial penat kan..”
Sejuk hati Nial mendengarkan bahasa Aya yang kembali menggunakan namanya..tidak saya, awak lagi..
“Betul Aya tak kisah?’ Terasa bahagia dirasakan bila Aya masih mahu mengambil tahu perihal dirinya.
“Masuklah..Awish dengan Ain ada kat dalam..tengok cerita kartun..”
Tersenyum Awish dengan Ain menyambut kedatangan Nial..
“Yea..papa pun ada kat sini…lepas ni boleh la kita makan sama-sama..kan mama?” Ain mempelawa Nial tanpa kebenaranku..
Ain dan Awish ni pantang kalau berjumpa Nial, senang hati mempelawa tanpa mengira keadaanku..Itulah budak-budak, mana sama fikiran dengan orang dewasa.
“Mama..boleh kan” si kecil Awish mula menambah
‘Alahai anak-anak mama ni, saje je berkomplot’
“Yalah..yalah..tapi pergi mandi sekarang..kalau tak, malam ni punya program cancel tau!!”
“Program apa Aya?”
‘Sibuk pula Nial ni..Sama aje dengan anak-anaknya’
“Aya janji nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan lepas makan nanti.”
Anak-anak pada waktu itu telah bergegas ke bilik mandi..
“Ok..nanti malam kita enjoy!!”
‘Eh..bila masa pulak aku ajak dia ikut sama ni..orang tak ajak pun ada hati nak ikut..’
“Tak letih ke..kan baru balik dari kerja, awak larat ke nak ikut sama?”
“Jangan harap abang nak lepaskan anak isteri abang keluar malam-malam tanpa abang! No way sayang”
“Aya dah biasa..” belum sempat aku habiskan ayat dia sudah memotong..
“Abang kata no! That’s final!!”
Aku merenung matanya tajam..tengok, bila aku buat baik, dia mula tunjukkan perangai dia yang kuku besi tu..Aku senyap lantas mengorak langkah melihat anak-anakku..
Yang sebenarnya aku sudah jemu asyik bergaduh dengan Nial..Tiada kesudahan..Yang aku bimbang, takut pergaduhanku ini menjadi tontonan anak-anakku.
1 jam kemudian..aku sudah berada di dapur untuk menyiapkan makan malam... Di saat aku sibuk di dapur, Nial pula melayan Ain dan Awish di ruang tamu.. Pada pandangan mata orang lain mungkin aku seakan keluarga bahagia…tetapi hakukatnya, memang terlalu jauh.
“Nak abang tolong?”
Habis terbang semua anganku saat itu bila suaranya tiba-tiba kedengaran di sebelahku. Teramat dekat sehingga terasa deru nafasnya di sisi mukaku. Aku sekadar menggeleng.
“Aya marahkan abang ke?” tanyanya bila melihatku tiada respon tanpa menghiraukan kehadirannya.
“Abang minta maaf jika kata-kata abang tadi menyakitkan hati Aya..Abang tak bermaksud sama sekali nak tinggikan suara..bukan juga untuk mengongkong hidup Aya..Cuma abang risaukan keselamatan keluarga kita..Aya perempuan..dengan anak-anak lagi..sekarang ni negara kita dah tak seselamat dulu lagi..ragut..bunuh..abang tak nak semua tu berlaku pada keluarga kita” panjang betul alasan yang Nial bagi..tetapi fikir punya fikir betul jugak..tapi..
Hidupku sejak perpisahanku dulu teramat banyak perkataan ‘tapi’ sehingga apa yang kuluahkan tidak sama dengan apa yang ada dalam hatiku..
“Dah tak perlu awak nak risaukan pasal saya dan anak-anak..saya dah biasa dengan keadaan tanpa kehadiran awak..saya tahu jaga diri..kalau itu awak bimbangkan..”
“Abang cuma hendak melindungi orang-orang yang abang sayang”
“Sayang? Cukuplah sayang yang saya curahkan pada anak-anak..saya tak mahu mereka kecewa jika awak lukakan hati mereka..Saya tak apa, saya dah biasa..tapi mereka, mereka masih kecil Nial”
“Itu sebab abang hendak kita bina hidup kita semula”
“Aya dah tak mahu fikir apa-apa sekarang…please. Aya serahkan semua pada takdir”
“Aya boleh cuba..Aya cuma perlu bukakan hati Aya pada abang..Just one more time sayang”

Friday, June 5, 2009

Bila Hati Berbicara 15

Hujung minggu itu selepas lama nama Iskandar hilang dari hidupku..tiba-tiba dia muncul kembali..Apa lagi yang dia kehendaki kali ini? Mengugutku untuk merampas Ain atau memaksaku lagi untuk mengahwininya…Padahal sebelum ini aku sudah habis mengatakannya bahawa aku tidak boleh..malah tak ingin sekalipun.Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa melayu ni..
“Encik Iskandar..kan saya dah cakap terus terang yang saya tak boleh kahwin dengan awak..Saya ni hak orang..isteri orang”
“You tak payah lagi nak buat cerita dongeng dengan I…I tahu you sengaja buat cerita semata-mata untuk menipu I kan..”
“Kalau awak tak mahu percaya..itu bukan urusan saya..tapi saya tetap masih isteri orang”
“You ni kan pandai betul buat cerita sampai I hampir percaya..Dulu saya percaya tapi sekarang tak…Lagipun tak pernah saya lihat suami awak..Lagipun budak-budak tempat kerja awak pun nafikan yang awak ada suami..”
‘Lelaki ini sengaja mahu cari pasal denganku..Susah betul nak fahamkan dia ni..”
“Buat pengetahuan Encik Iskandar..suami saya orang bisnes..selalu outstation…nak cari duit untuk keluarga dia makan..”
“Oh iya…sampai sanggup tinggalkan isterinya yang cantik sorang-sorang..”

Kalau diikutkan hatiku yang panas ini dah lama agaknya Iskandar ni makan penampar aku ni..Cakap ikut sedap mulut aje…tak ada insuran langsung mulut tu..
“Kat sini rupanya Aya..kenapa tinggalkan anak-anak kat sana sayang..” tiba-tiba satu kucupan melekat di pipiku dan tangannya pula kejap di pinggangku menyebabkan terasa darah panas mengalir ke badanku dan mukaku..
“Hai..I suami Aya..and you?” tanya Nial sambil menghulurkan tangan pada Iskandar…
Sementara Awish dan Ain tersenyum manis di belakang Nial apabila melihat perilaku Nial padaku.
‘Kurang asam betul Nial ni…tak malu betul buat macam tu depan anak-anak sekecil Ain dan Awish ni..’
Yang nyata dan jelas di pandangan mataku kini..Iskandar sudah kelu melihat perilaku Nial pada waktu itu..Untung nasib aku, lenyap terus Iskandar dari diari hidupku..tetapi macam mana dengan Nial pula?? Dahlah tiba-tiba aje muncul depan aku..lagaknya macamlah nak selamatkan heroin macam dalam cerita Hindustan..Ia ke macam tu??
“Iskandar..”tangan yang dihulur Nial akhirnya disambut oleh Iskandar walaupun agak lambat tindakannya itu..
“Em..Iskandar..kalau you tak kisah..boleh I ambil isteri I sekarang..maklumlah I ni orang bisnes..time free aje I dapat keluar dengan isteri dan anak-anak..
‘Ceh..Nial ni macam dengar aje apa yang aku cakapkan tadi..Nyesal aku cakap macam tu..nanti tak pasal-pasal dia ingat aku dah terima dia balik..cabul betul mulut aku ni!!’
Entah apa mimpi Iskandar waktu tu..dia pergi tanpa kata..Faham bahasalah pula mamat ni dengan Nial…Agaknya itulah kepentingan wujudnya seorang lelaki dalam hidup seorang perempuan.. Penyelamat dan pelindung apabila berada dalam keadaan yang menyulitkan..Tapi, adakah Nial adalah penyelamat dan pelindung dalam hidupku?? Perit untuk aku mengiyakannya…

Nial mendukung Awish dan memimpin Ain..sementara aku memimpin Ain di sebelah tangan satu lagi..Ibarat macam keluarga bahagia…
Hairan aku pada waktu itu…tiap saat yang berlalu Nial senyap..sementara aku..sudah malas mahu membuka mulut..takut ia akan membuatkan anak-anakku terkejut sekiranya aku tidak dapat mengawal perasaan..Keadaan waktu itu hanya diriuhkan dengan gurau senda Awish dan Ain..

Aku biarkan keadaan begitu..biarlah…aku lebih senang begini kerana aku sudah puas bergaduh dengannya dan lebih tidak sanggup aku hadapi bila kisah hidupku dibuka kembali..yang hanya akan mengundang air mata ini dan membuatkan ia tak berhenti dari mengalir…
“Aya tak ada apa-apa mahu cakap dengan abang?”
Berbunyi juga suaranya akhirnya..Bukan aku menanti-nantikan dia memecahkan suasana pada waktu itu…tapi biasanya kalau dia senyap, ada aje silapku di matanya..Itulah perangainya yang sedari dulu yang tak pernah berubah..
Aku diamkan diri lagi..’dia nak marah!!Marahlah..biar rasa benci aku padanya kian bertambah dan akan membuatkan hidupku dan hidupnya tak akan ada sinar untuk bersama..biarkan!!
Aku sudah tidak mahu mengejar bahagia yang hanya akan menjanjikan keperitan hidup seperti masa lalu..
“Kenapa jadi sampai dia ajak kahwin..Aya masih isteri abang tau!!” nada marahnya sudah ketara sedikit…
‘Isteri?? Adakah aku masih isteri di hatinya setelah apa yang dia lakukan padaku dulu?’
“Saya tahu..saya tak pernah nafikan hakikat bahawa saya masih isteri orang..tapi tak macam orang lain..saya ni kan isteri yang tak reti nak jaga hati orang di sekeliling saya..seorang isteri yang curang!! Jadi apa lagi yang awak mahukan dengan isteri yang sebegini..Saya dah lepaskan awak dari dulu lagi..Cuma awak yang tak mahu lepaskan saya!”
Biar semua apa yang aku rasa aku lepaskan…Biarlah hatinya terasa sekalipun..Perasaan dalam hati ni sudah tak bisa dipendamkan lagi bila ia ditekan di sana sini..
“Aya please..” mungkin dia terkejut bila aku minta dilepaskan..
“Awak nak apa lagi sebenarnya..Jika awak datang ke sini semata-mata nak tunjukkan bahawa saya ni pesalah dalam hidup awak baik tak payah!! Kerana saya telah dapat hukuman atas kesalahan yang saya lakukan..”
“Abang tahu..Aya tak salah sayang..”
Aku mengeluh…’tak salah’ ..’sayang..’. Aku lemparkan pandangan dan melihat anak-anakku berkejaran di tepi pantai..Indahnya menjadi kanak-kanak..tak ada masalah..
“Abang nak betulkan silap abang yang pernah abang lakukan dulu”

Memang niat awal kedatangannya tadi ingin membetulkan keadaan yang kian rumit ini. Namun bila dilihat Aya dan Iskandar bercakap perihal kahwin tadi, dia terasa ingin marah kerana terlalu cemburu dan mangsanya..Aya..walaupun wanita itu tidak bersalah..Malah dia perasan tadi..dia terlalu cemburu buta..
“Silap awak?? Awak pernah buat silap ke? Kan selama ini saya yang silap..saya menantu yang jahat sampai sanggup tolak mama awak jatuh tangga..sampai kakinya patah dan tak sedarkan diri…kakak ipar yang suka menuduh adik kesayangan awak…dan..isteri yang curang! Jadi tak payahlah awak pujuk orang yang selalu melakukan kejahatan dan buruk perangainya ni,,”
“Aya..”
“Tak betulkah?”
“Abang minta maaf..abang tahu abang tak rasional waktu tu..abang mengaku”
“Saya siapa untuk maafkan awak..seandainya saya maafkan awak pun..keadaan tak akan berubah apa-apapun..saya tak mahu berdendam…Cuma perasaan dan hati ni tak akan tenang..malah sejak kembalinya awak dalam hidup saya..perasaan bersalah saya makin menebal..kerana awak dan keluarga awak..saya dan keluarga saya jadi mangsa..awak masih ada keluarga awak..tapi saya…papa, mama…along..dah tak ada di sisi saya..Jadi awak cakap kat saya..bagaimana saya boleh terima awak semula dalam hidup saya sedangkan di sini sakit..” kutujukan tangan ke dadaku..

Entah dari mana Awish datang ke arah kami..sepantas kilat aku menyapu air mata di mukaku..
“Papa…Awish nak ais krim”
“Kakak jugak..” Awish dan Ain menerpa papanya..
Itulah perkara yang paling anak-anakku suka mengenai Nial..Apa yang diminta oleh mereka berdua selalu ditunaikan oleh Nial..Malah Nial tidak pernah sekalipun berkata ‘tidak’ kepada mereka..jauh berbeza dengan diriku..Malah, aura kebapaan memang wujud dalam diri Nial..tidak pernah dibuat-buat..Tegakah aku untuk melawan takdir sedangkan aku tahu anak-anakku memerlukan seorang bernama bapa untuk hidup secara normal..

“Aya…abang tahu salah abang terlalu besar untuk Aya maafkan..tapi..demi Awish dan Ain…abang pinta Aya berikan abang peluang…Aya sanggup ke tengok mereka membesar tak seperti keluarga lain..”

Pandai betul Nial mengumpanku..Tapi kenyataan itu benar..Melihatkan kemesraan Awish dan Ain dengan Nial, aku sedar kenyataan itu..Ain pun mesra dengan Nial walaupun Ain bukan darah daging Nial…
“Anak itu bukan anak-anak awak…Buat apa awak susahkan diri ambil tahu hal mereka…”
‘Maafkan mama Awish..Ain’
“Aya! Jangan nak nafikan abang sebagai papanya!!”
“Saya tak nafikan…saya ni kan isteri yang cu..” tak sempat aku habiskan ayat ‘curang’ itu..sudah dipotong Nial membuatkan aku terkejut perut…
“Stop it..I said stop it..don’t you ever dare to said that word again!!”
Marah benar lagaknya..satu lagi perangainya yang tak pernah berubah..Seorang yang panas baran..Nasib baik anak-anak pada waktu jauh untuk mendengar suara Nial itu…
“Kenapa? Saya bukan cakap pada awak!! Tapi perkataan itu awak yang berikan pada saya..jadi kenapa awak nak marah” lembut sedikit aku berkata untuk melawan cakapnya yang diserang amarah itu…

Tidak semena-mena..air matanya yang mengalir kini menyebabkan aku yang terkejut..
“Tak bolehkah untuk kali ini Aya maafkan abang..Abang cuma minta satu lagi peluang..satu..” dia sudah melutut di hadapanku kini…


Apa lagi yang harus aku lakukan bila dia setekad ini…Tapi siapa diriku untuk memutuskan segalanya..Aku cuma berserah pada takdir…Bagiku…sekali sahaja kepercayaan yang aku berikan sudah dimusnahkan..tiada lagi makna kepercayaan untuk kali keduanya…