Monday, June 29, 2009

Bila Hati Berbicara 17

Entah kenapa..malam ini aku dapat rasakan hidupku indah dengan kehadiran Nial untuk melayan kerenah anak-anak. Dapat aku saksikan kebahagian anak-anakku..tetapi mana mungkin hatiku menerima kehadirannya sebegitu sahaja bila pahitnya lebih banyak daripada manis. Mungkin hati perempuan lain, akan mudah dipujuk rayu..tetapi diriku kini terasa keras sekali. Mungkin kerana kesakitan yang aku alami dulu sudah melebihi hadnya sehingga bahagia yang ada di depanku begitu susah untukku terima seadanya.

Akibat keletihan yang amat sangat, Ain dan Awish tertidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah. Yang tinggal hanya kesepian yang melanda antara diriku dengan Nial.
“Aya cuti sampai bila”
Aku kalih pandangan untuk melihat mukanya..Bila saje dia membalas pandanganku, aku lantas melarikan pandangan.
“Sampai hari selasa”
“Balik ke sana pun hari selasa?”
“Tak tentu lagi”
Apa yang ditanya, itulah yang aku jawab. Seakan terpaksa. Akhirnya aku terdengar keluhan di mulutnya.
Sehingga sampai di rumah, dia hanya membisu. Agaknya terasa hati dengan diriku ini. Merajuk? Biarkanlah dia.
Tanpa aku suruh, diangkatnya Ain dan kemudian Awish..Dulu-dulu lagi dia melarang aku mengangkat anak-anak. Katanya, Awish dan Ain sudah terlalu berat untukku angkat sedangkan aku bertubuh kecil. Nial tak sedar bahawa selama ini aku sudah biasa..Tetapi malas aku nak bertekak dengannya di malam hari begini.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Nial pula tidak ada langsung menunjukkan dia akan meninggalkan rumah ni…Takkan dia pun nak bermalam di sini..Nak disuruh balik..tak sampai hati.Dari tadi Aya lihat Nial begitu asyik menonton TV di ruang tamu..Siap posing maut lagi..mentang-mentanglah minat bola.
“Awak tak mahu ba..” Belum sempat aku habiskan ayat, timbul rasa simpatiku pada Nial saat itu… Aku ingatkan dia sedang menonton TV, rupa-rupanya TV yang tonton dia. Lena terus!! Letih sangat agaknya…
Lantas tanganku ini ringan sahaja mengambil selimut dan menyelimuti Nial yang terlena di atas sofa waktu itu.
‘Dah kira baik aku biarkan dia tidur di situ..’
Aya menghayunkan kaki menuju ke bilik tidur sementara Nial mengukirkan senyuman dalam diam. Pura-pura dia tertidur tadi. Sekeras-keras Aya, ada sifat baik hatinya lagi..Itulah yang Nial fahami tentang tingkah laku Aya baru-baru ini.Di depan sahaja dia melenting bagai nak rak..tetapi kalau dibuat-buat tidur macam ni, tak akan sampai hatinya Aya mahu menghalau…malah bicara Aya makin lembut bila melihat Nial keletihan tadi. Memang betul pun Nial keletihan petang tadi, namun untuk anak dan isteri tercinta dia rela lakukan apa sahaja untuk menebus dosa-dosa lalu…
Akhirnya Nial terlena dalam memikirkan penyelesaian kemelut hidupnya itu.
Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh, Nial menyambung tidurnya. Dari jauh Aya merenung Nial yang sedang lena diulit mimpi barangkali. Hendak diturutkan hati supaya melihat Nial dari jarak yang dekat, Aya takut Nial akan tersedar. Entah kenapa sejak beberapa hari ini, hatinya lembut bila melihat Nial yang begitu nekad untuk kembali hidup seperti dulu. Kalau dulu hati Aya boleh dikeraskan dek kenangan pahit hidupnya. Namun sekarang, bila anak-anak nyata dapat menerima Nial seadanya malah amat menyayangi Nial menyebabkan hatiku pasrah dengan kehendak anak-anak. Kadangkala kita tidak boleh memikirkan kepentingan sendiri semata-mata walhal ada insan lain yang merana. Tapi hakikat sebenar pada waktu ini adalah perasaan takut masih tebal dalam diriku ini untuk menentang keluarga Nial…Kalau setakat diriku sendiri, aku dapat atasinya..tetapi bila dalam percaturan ini melibatkan Awish…perasaan takut tidak dapat aku hindari…
Takut Nial tersedar dengan tingkahku ini..aku melangkah kaki ke dapur untuk siapkan sarapan pagi untuk anak-anak..Entah bila Nial sudah terpacak di tepiku tanpa aku sedar..Tiba-tiba Nial mengucup pipiku membuatkan aku tersentak.
“Good morning sayang…Jauhnya termenung”
Tindakan drastiknya itu membuatkan aku kelu. Tapi aneh, Aya langsung tidak terasa ingin memarahi Nial..
“Masih khayal lagi ya!!” Nial mengusap pipiku lembut membuatkan hati Aya yang selama ini sudah lama hilang debar itu berdebar dan terasa macam ingin tercabut jantung ini pada saat itu.
Nial tersenyum lebar melihat telatah isterinya saat itu. Tadi dia mengambil langkah berani mati dengan mengucup Aya. Nial tahu, kalau silap haribulan Aya akan melenting terus..Namun reaksi Aya yang kebingungan itu membuatkan hatinya digeletek gembira dan bahagia.
“Fikirkan apa ni?”
“Tak ada apa-apa”
Nial malas untuk mengganggu mood Aya dengan mengungkitkan apa yang difikirkan Aya. Mungkin teringatkan kenangan lepas. Kalau betul, nanti tak pasal-pasal akan mencetuskan amarah Aya..Baik Nial tidak memaksa..lagi selamat.
“Masak apa?”
“Mee hoon goreng dengan karipap segera aje”
“Mmm…bau macam sedap. Dah lama abang tak rasa masakan Aya”
Lantas jari Nial cepat saje mencubit mee hoon yang disendukkan Aya ke beks hidangan..dan secepat kilat saje tangan Aya mencubit Nial.
“Owh..sakitlah sayang..Pagi-pagi dah kena dera dengan isteri”
“Tak senonohlah awak ni. Kalau ya pun lapar..duduk la dulu..nanti saya sendukkan”
Walaupun dimarah begitu, Nial terasa ingin meloncat kegembiraan. Mana tak nya..Tiada lagi marah benci..Cuma marah-marah sayang. Nial berharap sangat keadaan harmoni sebegini selama hayat hidupnya. Tanpa Aya, hidup Nial selama ini begitu sukar sekali. Ditambah lagi selepas Nial tahu bahawa dia sudah ada anak. Tidak akan Nial persiakan peluang yang Aya berikan ini.
“Marah ke?” Akibat terlalu melayan fikiran, Nial membuatkan Aya serba salah
“Lapar sangat ke?” Tambah Aya bila melihat Nial masih berdiam diri.
‘Aduhai sayang…Aya tak tahu betapa gembiranya abang melihat Aya menerima abang kembali’
“Taklah..abang fikirkan sesuatu tadi”
“Oh…kalau Nial nak makan, duduklah..nanti Aya siapkan airnya”
Setelah dihidangkan makanan untuk Nial..Aya segera ingin meninggalkan Nial makan sendirian..Sebenarnya, Aya sudah tidak betah berdua-duaan dengan Nial sejak perasaan pelik ini hadir kembali dalam dirinya.
“Aya tak makan sama?”
“Makanlah dulu..Aya nak tengok Awish dan Ain..nanti mereka pelik pula bila bangun berada kat tempat asing”
“Kalau macam tu, kita makan nantilah…Kita tunggu anak-anak kita bangun”
Cepat saje Nial menyaingi langkah Aya. Sementara Aya makin tidak keruan.Nak ditegah, memang tak ada salahnya pun Nial masuk ke biliknya…Doa Aya dalam hati semoga anak-anaknya sudah bangun, nanti tidaklah dia jadi kera sumbang di hadapan Nial…Aneh!! Perasaan marahku pada Nial seakan sudah hilang terus dalam diriku dan yang tinggal perasaan sayang dan cinta padanya yang kian timbul dan ia semakin utuh dari hari ke hari. Malah perasaan ini lebih kuat berbanding dulu!!
Secara jujurnya, aku amat takut dengan perasaan yang wujud ini. Sesampainya aku di bilik, aku lihat anak-anakku terkebil-kebil di atas katil..Mana tidaknya, mereka membesar di bilik yang lain dan tak pernah sekalipun berkunjung ke sini.
“Anak mama dah bangun..” Aku mendapatkan mereka..Sementara Nial memerhatikan dari jauh telatah Aya dan anak-anaknya..Bahagia terbit di hati.
“Papa pun ada kat sini hari ni” jerit Awish.
“Ya sayang…kan hari ni hari cuti” didukung anaknya itu sementara Aya memeluk Ain.
“Jom pergi mandi..nanti kita makan” ajakku..
“Awish nak mandi dengan papa!!”
Tiba-tiba itu yang terkeluar dari mulut Awish..Nial tersenyum sumbing..Mana tidaknya, belum pernah dalam hidupnya memandikan budak-budak..Aya merenung Nial yang kehilangan kata itu.
“Papa dah mandi tadi sayang..jom mama mandikan”
“Alah…mama pun dah mandi..Nape papa tak boleh pulak??” Pegangan Awish makin erat di leher Nial..Baru Nial tahu anaknya rupanya degil..sama macam Nial juga.
“Tak apalah…biar abang mandikan anak-anak. Jom kita mandi”
Terus mereka menjerit gembira. Aku membiarkan Nial memandikan mereka.
Sudah berapa kali mataku mengerling jam di dinding..Yang membuatkan aku bimbang, sudah lebih sejam mereka dalam bilik air. Masih tak siap-siap lagi. Dan aku tidak boleh menunggu lagi. Bila saje aku membuka pintu bilik air, betapa terkejutnya aku saat itu.
Anak dengan papanya pun sama..Berendam dalam tab mandi, bermandi sabun.
“Tak siap lagi ke? Tak sejuk?”
“Mama…” teriak anak-anakku dan Nial hanya tersenyum…
“Jomlah mandi mama..” ajak Ain tiba-tiba..
“Dah..cukup!!Cepat keluar dari situ sebelum mama marah”
“Ala mama ni..tak best la..papa!!” Ain meminta tolong.
“Dahlah…jom kita makan pula..mama dah masak best!!Lepas makan papa bawa jalan-jalan”
“Yea..” dua-dua anak-anakku menjerit riang…
‘Nial ni memang pandai mengumpan anak-anakku..ada sahaja rencananya yang secara langsung melibatkan aku..
Makan pagi itu di meriahkan gelak ketawa Ain dan Awish..

10 comments:

  1. thanks pd yg setia bg komen pada sy..
    Ia amat membantu sy bila idea dah kering..
    sy akan cuba tamatkan novel ni secepat mungkin..tp tak tahu la berapa episod lg..mungkin panjang mungkin pendek..
    enjoy da novel!!

    ReplyDelete
  2. best2..smbung lg..
    lmbut gak ati aya akhirnye..

    ReplyDelete
  3. suke cite ni,,,cpt sambung k~

    ReplyDelete
  4. besh2~
    novel ni best la..hmm awak tak takut org curi karya awak ke?
    kalo awak nak, sy leh kasi coding tuk disablekan select..so, org xleh copy karya ni ^^
    sbb sy rase bkn senang kite nk kuarkan idea then org lain copy lak..huhu
    niway, cerite ni best! keep it up ok? ;)

    ReplyDelete
  5. suke2.. smbung k.. pnjang2 pun xpe.. sbb best.. hahah

    ReplyDelete
  6. ya Allah seronoknye n3 ni..
    hahaha.. bahagia je bace taw..
    best2..
    cepat2 sambung.. da x sabo nak taw pe jadi kat diorg..
    hihihi..

    ReplyDelete
  7. Arynna,
    jgn tergesa2 nk wat ending.
    nnti jalan cerita kelam kabut.
    just tulis ja apa yg terlintas di kepala.
    panjang camna pun i will follow the story.

    ReplyDelete
  8. best ah crite ni... sambung jangan tak samnbung..lagi panjang lagi akan rasa x keruannye tu...

    ReplyDelete