Tuesday, June 23, 2009

Bila Hati Berbicara 16

Akhirnya rumah yang kutinggalkan dahulu kujejaki..tinggalan keluargaku yang kubiarkan sepi dahulu. Nyata mak su menjaganya dengan kemas sekali. Malah rapi tanpa habuk sedikit pun. Dan yang peliknya, keadaan di dalam rumah pada ketika ini dihuni oleh seseorang…Takkan penceroboh pula? Sedikit rasa takut mula terbit di dalam diriku…Siapa? Bayangkan..peti sejuk mempunyai banyak makanan segera dan paket sejuk beku walaupun tiada sesiapa pun dalam rumah pada saat ini…Agaknya mak su selalu singgah..pujukku di dalam hati.
Aku menemui mak su dan nyata sekembaliku di sini membuatkan riak terkejut jelas kelihatan di mukanya..bayangkan sajelah..bersamaku saat itu dua kanak-kanak kecil yang menimbulkan seribu pertanyaan di benaknya..Berdosanya aku menyembunyikan hakikat wujudnya anakku pada pandangan keluarga..tapi apa dayaku. Pusara mama, papa dan along kukunjungi dan aku amat terkejut kerana ia amat terjaga sekali tanpa rumput liar yang tumbuh di sekitarnya walaupun sudah lama aku tinggalkan..
Rupanya ia dibersihkan oleh mak su sekeluarga dan yang mengejutkan aku..Nial turut membersihkannya..Nial?? Dan yang menginap di rumah tinggalan papa dan mama juga adalah Nial..Apa lagi lelaki ini mahukan.Bersungguhkan dia dalam mendapatkan diriku kembali?
Sekembaliku di sini juga merungkai kembali sejarah hidupku bila aku bertembung dengan kawan baikku dulu..Dulu..
Nyata Lily terkejut dengan kebenaran tentang hidupku..Itupun kerana Nial..Diceritakan apa yang terjadi antaraku dan dirinya. Itupun kerana di waktu itu Nial mencariku saat aku hilang dulu..Malah Lily dah tahu pucuk pangkal sengketa antaraku, Nial dan Fifi dahulu.Malah banyak kali dia memohon maaf..Dan aku bukanlah seorang yang pendendam..Cukuplah kehilangan yang aku rasakan selama ini..
Memang ku ingin lupakan segalanya..tetapi hatiku masih teramat keras untuk memaafkan Nial..

Malam itu, ketika aku masih berada di rumah tinggalan keluargaku, Nial tiba-tiba muncul di situ. Riak terkejut memang jelas di wajahnya..nampak sangat dia tidak tahu kedatanganku di sini..
“Aya buat apa kat sini..kenapa tak cakap kat abang Aya nak balik sini?”
‘Patutnya aku yang tanya kenapa dia ke sini..lagaknya macam aku la pulak yang balik ke rumah dia’.
“Sejak bila saya kena cakap kat awak ke mana saya nak pergi..lagipun ni rumah saya..sejak bila pula rumah ni jadi rumah awak?”
‘Aku tahu aku tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sekasar ini pada seorang insan yang masih bergelar suami’
“Em..abang lupa sini rumah Aya…tak apalah, abang balik dulu”
‘Aku merasa bersalah pula kerana keceluparan mulutku ini…Jelas sekali riak kecewa di mukanya..tambahan pula Nial kelihatan keletihan..baru habis kerja barangkali..Sejahat-jahat diriku ini, tak sampai hati membiarkan dia berlalu dalam keadaan begitu..’
“Aya minta maaf..Aya tak sengaja..masuklah dulu..mesti Nial penat kan..”
Sejuk hati Nial mendengarkan bahasa Aya yang kembali menggunakan namanya..tidak saya, awak lagi..
“Betul Aya tak kisah?’ Terasa bahagia dirasakan bila Aya masih mahu mengambil tahu perihal dirinya.
“Masuklah..Awish dengan Ain ada kat dalam..tengok cerita kartun..”
Tersenyum Awish dengan Ain menyambut kedatangan Nial..
“Yea..papa pun ada kat sini…lepas ni boleh la kita makan sama-sama..kan mama?” Ain mempelawa Nial tanpa kebenaranku..
Ain dan Awish ni pantang kalau berjumpa Nial, senang hati mempelawa tanpa mengira keadaanku..Itulah budak-budak, mana sama fikiran dengan orang dewasa.
“Mama..boleh kan” si kecil Awish mula menambah
‘Alahai anak-anak mama ni, saje je berkomplot’
“Yalah..yalah..tapi pergi mandi sekarang..kalau tak, malam ni punya program cancel tau!!”
“Program apa Aya?”
‘Sibuk pula Nial ni..Sama aje dengan anak-anaknya’
“Aya janji nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan lepas makan nanti.”
Anak-anak pada waktu itu telah bergegas ke bilik mandi..
“Ok..nanti malam kita enjoy!!”
‘Eh..bila masa pulak aku ajak dia ikut sama ni..orang tak ajak pun ada hati nak ikut..’
“Tak letih ke..kan baru balik dari kerja, awak larat ke nak ikut sama?”
“Jangan harap abang nak lepaskan anak isteri abang keluar malam-malam tanpa abang! No way sayang”
“Aya dah biasa..” belum sempat aku habiskan ayat dia sudah memotong..
“Abang kata no! That’s final!!”
Aku merenung matanya tajam..tengok, bila aku buat baik, dia mula tunjukkan perangai dia yang kuku besi tu..Aku senyap lantas mengorak langkah melihat anak-anakku..
Yang sebenarnya aku sudah jemu asyik bergaduh dengan Nial..Tiada kesudahan..Yang aku bimbang, takut pergaduhanku ini menjadi tontonan anak-anakku.
1 jam kemudian..aku sudah berada di dapur untuk menyiapkan makan malam... Di saat aku sibuk di dapur, Nial pula melayan Ain dan Awish di ruang tamu.. Pada pandangan mata orang lain mungkin aku seakan keluarga bahagia…tetapi hakukatnya, memang terlalu jauh.
“Nak abang tolong?”
Habis terbang semua anganku saat itu bila suaranya tiba-tiba kedengaran di sebelahku. Teramat dekat sehingga terasa deru nafasnya di sisi mukaku. Aku sekadar menggeleng.
“Aya marahkan abang ke?” tanyanya bila melihatku tiada respon tanpa menghiraukan kehadirannya.
“Abang minta maaf jika kata-kata abang tadi menyakitkan hati Aya..Abang tak bermaksud sama sekali nak tinggikan suara..bukan juga untuk mengongkong hidup Aya..Cuma abang risaukan keselamatan keluarga kita..Aya perempuan..dengan anak-anak lagi..sekarang ni negara kita dah tak seselamat dulu lagi..ragut..bunuh..abang tak nak semua tu berlaku pada keluarga kita” panjang betul alasan yang Nial bagi..tetapi fikir punya fikir betul jugak..tapi..
Hidupku sejak perpisahanku dulu teramat banyak perkataan ‘tapi’ sehingga apa yang kuluahkan tidak sama dengan apa yang ada dalam hatiku..
“Dah tak perlu awak nak risaukan pasal saya dan anak-anak..saya dah biasa dengan keadaan tanpa kehadiran awak..saya tahu jaga diri..kalau itu awak bimbangkan..”
“Abang cuma hendak melindungi orang-orang yang abang sayang”
“Sayang? Cukuplah sayang yang saya curahkan pada anak-anak..saya tak mahu mereka kecewa jika awak lukakan hati mereka..Saya tak apa, saya dah biasa..tapi mereka, mereka masih kecil Nial”
“Itu sebab abang hendak kita bina hidup kita semula”
“Aya dah tak mahu fikir apa-apa sekarang…please. Aya serahkan semua pada takdir”
“Aya boleh cuba..Aya cuma perlu bukakan hati Aya pada abang..Just one more time sayang”