Wednesday, March 11, 2009

Bila Hati Berbicara 3

Bab 3

“You nak bawa I ke mana ni..dah lewat malam dah ni..”aku bertanya namun dibalas dengan senyuman sinis..Hendak aje aku terjun dari kereta ni..Lama baru dia menjawab..
“Tau pun dah lewat malam..habis tu kenapa tak tunjuk muka awal-awal..I waited for you about 3 hours..3 hours you know??”
”Kan I dah cakap I tak nak keluar malam..yang you datang jugak kenapa..Fifi kan ada..ajaklah dia..”
”Tak nak keluar malam..habis tu tadi ke mana..beside, I tak mahu keluar dengan Fifi..I want you”
’Hah..ikut suka orang lah nak keluar ke tak nak..buat-buat tak faham pulak…’
”Lagipun I ngan Fifi dah lama putus..over..titik..” Aku terkejut..habis tu yang dia mengekor aku apa pasal pulak..Patut la mamat ni pelik semacam aje…Dia memberhentikan kereta di kawasan taman..entah di mana..tetapi di situ kelihatan ada couple-couple lain yang bermesra..
”Er..er..sejak bila you putus dengan Fifi..kenapa tak cakap..” aku rasa bersalah pulak sebab mungkin kerana aku tarik diri jadi orang tengah yang menyebabkan hubungan mereka berantakan…
”Did you care..kan dulu you jugak yang kata tak mahu jaga tepi kain orang..” Kan dah kena..padan muka..tanya lagi..apa lah nasib kau Aya oooii…Tiba-tiba dia membuka butang baju kemejanya sambil mengibas-ngibaskan badan…’Eeii..mamat ni..apahal pulak..air cond dah pasang tahap maximum..panas lagi..aku ni dah sejuk sangat ni..’
”I tak sihat sebenarnya..” lantas dia ambil tanganku dan diletakkan di dahinya membuatkan aku sedikit rapat dengan dan tiba-tiba..kami diserbu..
“Anda berdua ditangkap khalwat..” Aku kaku…tidak tahu nak buat apa…ditangkap khalwat..macam mana ni..
”Encik..kami tak buat apa-apa..dia..dia tak sihat..”kataku dalam nada bergetar..
”Betul Encik..kami..” belum sempat LD habiskan ayat sudah disergah seorang lelaki..
”Memanglah semua tak ngaku..itu dah biasa kami dengar..dah..ikut kami ke balai..sekarang jugak…Dah tahu tak sihat..tempatnya di sini ke??”Di kepalaku terlintas kelibat papa, mama ngan along..Mesti mereka kecewa..air mataku sudah mengalir dari perjalanan hingga ke balai..di sana satu pasangan demi satu pasangan di soal…Tiba giliran kami, mereka meminta IC dan bertanya seakan-akan kami ni tak ada perasaan..ditengking-tengkingnya kami..tidak lama kemudian kecoh lagi bila mama dan papa LD datang..baru aku tahu waktu itu LD keturunan kerabat…Tengku Lukman Danial Tengku Lutfi..air mataku mengalir lagi..’mama..mama..’jeritku dalam hati..
”Apa Nial buat ni..saje nak malukan mama ngan papa ye..mana perempuan gatal tu mana..”marah betul mama LD waktu tu..hendak diterkamnya aku waktu tu..kalau tak dihalang papa LD ngan LD, dah lama agaknya mukaku jadi mangsa tamparan..
”Aya..tak salah ma…Nial yang paksa dia keluar..”rayu LD..
”Kalau dia tak ikut benda ni tak jadi..perempuan tak sedar diri..berambus..” Air mataku mengalir lagi..Entah kenapa selepas itu pandanganku kabur..dan kabur…
Sedar-sedar pagi itu..aku berada di tempat yang asing…Kat mana aku ni..aku cuba ingat apa yang terjadi…’kena tangkap basah..’ ayat amat yang digeruni oleh aku selama ini…Tiba-tiba pintu dibuka dari luar..berpeluh dahiku.. terjengul kepala mama di situ..
“Mama..mama..Yaya tak salah mama…Yaya tak salah..” tangisku, dan aku sudah berada di pelukannya..
”Mama tahu sayang..tapi pada pandangan orang lain..itu semua salah..Yaya kena terima hakikat ni..lagipun papa Nial dan papa dah setuju nak kahwinkan kamu berdua secepat mungkin..” Terasa beban di kepalaku..beginikah nasibku kerana mencintai lelaki yang bukan milikku..tidak..tidak…
”Tapi mama..kami tak salah..tak buat apa-apa pun ma…Yaya tak nak..tak nak..please mama..please..”rayuku…
”Mama rayu Yaya..jangan naikkan darah papa..lagipun nanti apa kita nak jawab bila hal ni heboh kat suratkhabar dan mahkamah..Yaya nak malukan keluarga kita..gitu?”tanya mama..Apa dayaku nak membantah lagi..demi maruah keluarga..
Akhirnya kami dikahwinkan jugak walaupun ada hati yang tidak rela..yang jelas di mataku terlihat ketidakpuasan di mata mama Nial..Adakah nasibku akan seindah orang lain..tiba-tiba duniaku yang indah dan bebas sudah terikat dengan suatu ikatan pernikahan..Tengku Lukman Danial dan Suraya Hanni…Majlis kahwin kami hanya disediakan untuk kelurga terdekat..banyak juga desas-desus yang kurang enak terdengar di telinga kami kerana tiba-tiba kami berkahwin..berita ditangkap khalwat itu pula dapat ditutup dengan kemas oleh papa Nial dengan pengaruhnya..Mujurlah waktu perkara ini terjadi aku bersiap sedia untuk cuti semester..kalau tidak memang kecoh bila jari aku berinai merah…Memang teman-temanku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku..tetapi tidak bagi teman-teman LD..mereka memang tahu aku sudah bergelar isteri kepada LD..Aku melihat diriku di cermin…baju akad nikahku 2 jam lepas masih tersarung elok di badanku..Sedih hatiku ini..Aku lantas menukarnya dan memakai baju kurung yang disediakan khas untukku pada hari ini..Aku menunaikan solat Asar dan baru sahaja aku menyidai telekung sembahyang..tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar..LD masuk dan kami bertentangan mata..sejak aku bertengkar dengannya sebelum kami dikahwinkan memang aku tak berjumpa terus dengannya..sakit hatiku..Lantas aku turun tanpa pamitan..bagaimanalah aku nak hidup dengannya…Dulu..aku pernah berangan tetapi untuk hidup bersamanya adalah jauh sama sekali..Aku mengeluh..kelihatan mama dan saudara mara kami becok berbicara..
“Hah..pengantin baru…cik abangnya mana?”sakat maksu ku tanpa menyedari keperitan hatiku…
“Tengah solat..”balasku sambil tersenyum menutup luka di hati…
…………………………………………














No comments:

Post a Comment